Kerajaan sedang mempertimbangkan pembahagian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengikut jantina supaya kaum lelaki dan wanita dalam satu keluarga boleh mendapat manfaat daripada skim itu.

“Andai kata BR1M yang diberikan adalah RM600. Kami sedang mempertimbangkan memberikan RM300 dalam sekeping sampul surat kepada lelaki dan RM300 dalam sekeping lagi sampul surat kepada wanita,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kepada Dewan Rakyat pagi ini.

Ahmad berkata terdapat pelbagai kes dimana wang tunai diberi kepada hanya seorang ahli keluarga dan tidak dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.

“Kadang-kadang, kami beri wang tunai kepada lelaki dan ia tidak sampai ke tangan wanita, jadi, kami sedang mengkaji idea ini,” katanya.

Ahmad turut berkata kerajaan juga sedang mengkaji syarat kelayakkan permohonan BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Kami sedang menkaji kemungkinan untuk meningkatkan syarat kelayakkan RM3000 itu ke RM4,000 atau RM5,000,” katanya.

Ahmad berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Nawani Ahmad (BN-Langkawi) yang bertanyakan adakah kerajaan akan mempertimbangkan meningkatkan syaray kelayakkan ini.