GEORGE TOWN: Jajaran bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata jajaran itu adalah seperti yang dicadangkan oleh Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan pihaknya berharap kerja-kerja fizikal boleh bermula sebelum akhir tahun ini.
"Jajaran (LRT) telah dimuktamad selepas pelbagai perbincangan dijalankan bersama semua pihak dan (Kerajaan Pulau Pinang) bersetuju dengan dengan jajaran yang dicadangkan oleh MRT Corp.
"Jajaran tidak (banyak) yang berubah iaitu stesen penumpang akan bermula dari Bayan Lepas hingga ke Komtar dan satu jajaran ke Butterworth (Penang Sentral), Pulau Silikon pula adalah depoh dan sekarang ini kita buat perbincangan serta penilaian dengan kontraktor utama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pelaut dan Rumah Api di Straits Quay di sini hari ini.
Pada 29 Mac lepas Loke mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dengan MRT Corporation dilantik sebagai pemaju dan pemilik aset.
Perolehan projek terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1 iaitu jajaran Pulau Silikon ke Komtar; kerja-kerja untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2 iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral dan kontrak 'turnkey' kerja-kerja sistem dan gerabak secara bina-selenggara-pindah (BMT).
Loke berkata jajaran merentasi laut dari Komtar ke Penang Sentral akan mengambil kira semua aspek dan faktor termasuk kajian terperinci berhubung laluan trafik di laut serta pelbagai lagi.
Berkaitan perkembangan kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas dekat sini, Loke berkata proses tender bagi pakej pertama telah ditutup dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang membuat penilaian bagi memilih kontraktor.
Beliau berkata projek pembesaran itu melibatkan tiga pakej dengan pakej pertama membabitkan kerja-kerja fizikal termasuk memindahkan menara kawalan dan meningkatkan kapasiti terminalnya daripada 6.5 juta penumpang setahun kepada 12 juta penumpang setahun.
Loke sebelum ini dilaporkan berkata projek yang bermula tahun ini dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun itu akan dibiayai MAHB melalui mekanisme kewangan yang dipersetujui antara Kementerian Kewangan dan pihak MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Loke berkata jajaran itu adalah seperti yang dicadangkan oleh Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).- Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke
Jajaran bagi Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan.