KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan fakta, Kelantan sebenarnya merupakan negeri yang menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan.
"Malah, semua pandangan dan cadangan yang penting daripada kerajaan negeri seperti tebatan banjir, isu air dan pembangunan negeri, saya terima dan komited untuk selesaikan.
"Ini pandangan (Kelantan dipinggir) tak ikut fakta, malah saya nak ulang, peruntukan kerajaan (kepada Kelantan) sekarang lebih banyak daripada sewaktu Pas dan Bersatu dalam kerajaan, itu cukup (sebagai bukti) ... semasa dia (Pas) dalam kerajaan sibuk soal lain," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman dalam sesi debatnya bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli malam tadi, bahawa negeri itu tidak pernah merasai nikmat 'federalisme' akibat pimpinan negeri berbeza dengan persekutuan.
Anwar berkata, kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas, termasuk pemimpin muda seperti Syahir, seharusnya lebih berani membetulkan masalah dalaman selain memberi cadangan yang baik untuk pembangunan negeri itu.
Sementara itu, mengulas laporan media mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang Dr P. Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini, Pengerusi PH itu berkata, beliau akan mendapatkan pandangan sebenar Ramasamy berkenaan keputusannya itu.
"Dia sahabat saya, saya akan dapatkan pandangan dia, dia faham desakan dan keadaan kita... mungkin ada beberapa masalah khususnya parti (DAP).
"Tapi saya harap dia (masih) main peranan konstruktif membantu kerajaan dengan pendekatan MADANI ini," katanya.
Media hari ini melaporkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu sudah mengutus surat bagi tujuan melepaskan jawatannya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, masing-masing pada pukul 8.24 dan 8.25 pagi ini. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan Kelantan dan berdasarkan fakta, negeri itu menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Tahap kesedaran di Kelantan masih rendah walaupun akta rokok sudah dikuat kuasa
Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Projek tebatan banjir, rawatan air di Kelantan sentiasa jadi fokus Kerajaan Persekutuan
Fadillah berkata, semua projek tebatan banjir dan rawatan air di Kelantan sedang berjalan dan disiapkan.
Belanjawan 2025: Tiada kemudahan sukan lengkap, Kelantan harap peruntukan tambahan
Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025.
Belanjawan 2025: Kelantan harap RM1.3 bilion untuk pertanian
Kelantan berharap peruntukan RM1.3 bilion untuk mengatasi isu ketidakcukupan bekalan air bagi sektor pertanian dalam Belanjawan 2025.
Sultanah Kelantan berkenan nama dipatenkan pada bunga orkid
Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra berkenan memilih nama baginda untuk dipatenkan sebagai nama bunga orkid iaitu Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra.
Imigresen gempur Tanah Tinggi Lojing, tahan 86 pendatang tanpa izin
Imigresen Kelantan menahan 86 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.
Tiada ahli Pas Kelantan terlibat GISB, Al-Arqam - Mohamed Fadzli
Tiada ahli Pas Kelantan terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd atau Al-Arqam, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Bahan bacaan Al-Arqam ditemui di rumah amal, sekolah milik GISB di Kelantan
Polis Kelantan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings di Gong Kulim pada Selasa.