JOHOR BAHRU: Kerajaan Perpaduan tidak akan memungkiri janji-janji untuk membantu rakyat termasuk dalam soal menyediakan kemudahan perumahan bagi rakyat yang tidak berkemampuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan yang progresif dan produktif dalam menyantuni semua permasalahan yang dihadapi rakyat.
Justeru, katanya, permasalah rakyat sentiasa dibawa ke peringkat tertinggi untuk dibincangkan dan mencari penyelesaiannya.
"Kerajaan Perpaduan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar... setiap janji yang beliau lafazkan dan perkara (masalah) yang dibawa kepada saya, pastinya akan dibawa (dibincang) supaya diluluskan untuk kepentingan rakyat," katanya.
Beliau berkata dalam ucapan pada majlis lawatan kerja beliau ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Taman Perling, di sini, pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata dalam aspek perumahan PPR, penyediaan kemudahan asas yang berkualiti perlu diberi perhatian dan bagi tujuan itu Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan sentiasa bekerjasama melaksanakan inisatif terbaik untuk rakyat.
"Kita mahu rakyat menikmati (bantuan) secara adil kerana kita lihat rumah sewa kerajaan yang harga sebulan bawah RM200 pun masih ada yang tidak dapat membayar... ini perlu diberi perhatian," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memberi jaminan sekiranya calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu depan, beliau sendiri akan memantau prestasi serta isu-isu termasuk soal perumahan yang akan dibawa pada sidang Parlimen.
"Jika dia (Suhaizan) dipilih ke Parlimen, saya bukan hanya pantau ucapan-ucapannya tetapi juga tindakan-tindakan susulan terdapat isu yang dibawanya.
"Justeru rakyat di Pulai harus memilih calon PH untuk memastikan pembangunan di Pulai dapat dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Ahmad Zahid berkata kerajaan yang diterajui Anwar adalah kerajaan yang progresif dan produktif dalam menyantuni semua permasalahan yang dihadapi rakyat. - Gambar fail/Sinar Harian
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengenang Tun Daim: Kerajaan rakam takziah - Fahmi
Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi
Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, terdapat sejumlah aplikasi dalam pasaran yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh para pengguna dalam negara ketika ini.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.