SHAH ALAM: Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menyemak semula sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya tidak mencapai unjuran 4 hingga 5 peratus pada 2023.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu dilihat sukar memandangkan permintaan eksport domestik masih lagi perlahan dan sekiranya tiada tindakan dibuat, negara akan gagal mencapai sasaran tersebut.
Ujarnya, persekitaran ekonomi dunia termasuk di China turut memberi kesan terhadap Malaysia.
“Kita tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya negara tidak mencapai matlamat yang ditetapkan, melainkan ia perlu disemak semula.
“Pada pendapat saya ini merupakan amaran awal kepada kerajaan untuk memastikan usaha tersebut dirancakkan segera seperti yang diumumkan atau kita tidak mungkin mampu mencapai unjuran yang ditetapkan,” katanya dalam Program Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Isnin.
Menurut Khairy, pada suku tahun kedua 2022, kadar pertumbuhan KDNK berada dalam keadaan baik dengan 8.9 peratus.
Jelasnya, walaupun negara mengalami sekatan pergerakan akibat Covid-19, namun perancangan yang jelas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika itu dilihat berjaya membuka beberapa sektor ekonomi utama.
“Peningkatan vaksinasi kepada rakyat merupakan usaha membuka semula ekonomi negara secara selamat pada 2022,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 21 2023
Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menyemak semula sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya tidak mencapai unjuran 4 hingga 5 peratus pada 2023, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar hiasan BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
Banci Pertanian 2024 penggerak utama pembangunan ekonomi berasaskan pertanian
Banci Pertanian 2024 diharap menjadi penggerak utama dalam memastikan segala perancangan dan pelaksanaan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pertanian dapat disegerakan.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan ketidaktentuan pilihan raya AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri.
Kerajaan salur pembiayaan RM6.35 bilion kepada lebih 260,000 usahawan setakat September 2024 - KUSKOP
Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 billion pembiayaan kepada 265,097 usahawan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) setakat September tahun ini.
NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).
Belanjawan 2025 beri sokongan padu terhadap sektor semikonduktor - Tengku Zafrul
Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.