TUMPAT: Kerajaan perlu memberi perhatian mengenai penyeliaan operasi, aset dan perjawatan berkaitan pengurusan agensi penguatkuasaan di sempadan perairan Malaysia-Thailand, di Kelantan.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata perkara tersebut, perlu ditambah baik supaya dapat meningkatkan kualiti kecekapan di kawasan pintu masuk utama negara ini.
"Sebagai contoh dari segi aset amatlah kurang, kerana terdapat aset yang telah berusia dan ia perlu ditambah baik dari semasa ke semasa, serta memerlukan peruntukan besar.
"Dalam hal ini, kerajaan mungkin boleh memberi keutamaan kepada penambahan aset, kerana perkara itu dibangkitkan oleh pihak berkuasa yang bertugas di sempadan negara," katanya selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Pengkalan Kubor, di sini, pada Selasa.
Selain itu, Ismail berkata prosedur kerja juga perlu ditambah baik, dalam usaha mengekang gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa di sempadan perairan negara.
Beliau berkata EAIC akan lebih giat menjalankan pengauditan dan pemeriksaan ke atas tatacara kerja dan prosedur operasi standard agensi.
Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat bersama agensi penguatkuasaan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, bagi membincangkan isu persempadanan yang dihadapi agensi penguatkuasaan serta permasalahan anggota penguat kuasa dalam menjalankan tugas kawalan di pintu masuk negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Ismail (kanan) menaiki bot kawalan Polis Diraja Malaysia bagi meninjau sekitar kawasan perairan sempadan Malaysia - Thailand di Kota Bharu, 23 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Pergaduhan di stesen LRT: enam lagi individu ditahan
Suspek berumur lingkungan 20 hingga 24 tahun ditahan pada petang Selasa di sekitar ibu negara, dan direman selama sehari bermula semalam.
Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Dua perakam penerbangan telah ditemukan dan akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan untuk dianalisis.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
TNB komited pastikan bekalan elektrik terjamin dan berterusan menerusi pelaksanaan RP4
TNB memberitahu, sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Kurang garis panduan jelas berkaitan etika cetus kebimbangan privasi - Pakar
Kebimbangan semakin meningkat terhadap privasi, akauntabiliti dan potensi penyalahgunaan AI.
WHO salur 50 tan bantuan perubatan untuk Syria
Sebuah pesawat kargo yang membawa kit pembedahan trauma dan ubat-ubatan penting tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada 4.30 pagi (0130 GMT).
GMS penting untuk pemusatan ASEAN, kata ahli akademik
GMS yang dimulakan oleh Bank Pembangunan Asia pada 1992, terdiri daripada Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam serta wilayah Yunnan dan Guangxi di China.
MYMBN gantung sementara eksport sarang burung ke China atas arahan DVS
Penggantungan itu susulan Virus Penyakit Newcastle di Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis - KPT
KPT memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut UM baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.
Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.
Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti
Sehubungan itu, golongan muda perlu menjadi ejen perubahan sekali gus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).