Kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak dalam membantu melaksanakan pelbagai inisiatif pemuliharaan hidupan liar.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata pihaknya melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sentiasa memastikan usaha pemuliharaan hidupan liar dijalankan secara berterusan di samping mengharapkan sokongan daripada semua pihak.
Katanya, salah satu usaha ke arah pemuliharaan hidupan liar oleh Perhilitan adalah dengan penubuhan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai.
"NWRC merupakan sebuah pusat yang menempatkan hidupan liar yang diselamatkan dan yang dirampas dalam pelbagai operasi pengurusan hidupan liar dan penguatkuasaan oleh Perhilitan.
"Pusat ini akan menjalankan fungsinya berasaskan konsep 3R iaitu Rescue (Menyelamat), Rehabilitate (Rehabilitasi) dan Release (Pelepasan)," katanya dalam satu kenyataan di sini sempena perasmian NWRC pada Ahad.
Dr Xavier berkata pusat tersebut ditubuhkan selaras dengan peruntukan Akta Perdagangan Mengenai Spesies Terancam (Akta 686) dan merupakan salah satu obligasi Malaysia dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perdagangan Spesies Liar Flora dan Fauna Terancam.
Katanya, kos keseluruhan pembangunan NWRC yang terdiri daripada tiga fasa dianggarkan sebanyak kira-kira RM30.3 juta dan rawatan ke atas hidupan liar dijalankan oleh Pegawai Veterinar Perhilitan yang berpengalaman
"Hidupan liar yang telah pulih kemudiannya akan menjalani proses rehabilitasi untuk program pelepasan semula ke habitat yang sesuai.
"Sehingga kini terdapat 103 ekor hidupan liar daripada pelbagai spesies ditempatkan di NWRC terdiri daripada 55 ekor mamalia, 10 reptilia dan 38 ekor burung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018

Dr Xavier (duduk tengah) pada sesi fotografi selepas majlis perasmian NWRC pada Ahad. Foto Facebook Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

'Dak Nor' tidak akan sia-siakan kepercayaan, harapan keluarga untuk terus sihat
Dak Nor bertekad untuk tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan keluarga, rakan-rakan serta penduduk Duyong yang ingin melihatnya terus sihat.
Lori sedang ditunda terbalik di Pendang, lorong PLUS arah selatan terhalang
Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Pendang pada ahad, menyebabkan lorong di laluan berkenaan terhalang.

Pengambilan balik ungka, lotong cengkong atas perintah mahkamah - Perhilitan
Perintah Mahkamah Rayuan pada 16 Nov 2020 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai 2019.

Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia
Tujuh daripadanya dirampas dalam tiga kes pada 2018 dan 2019 oleh Perhilitan, polis Marin dan Kastam manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Perhilitan pada 2018.

'Awang Besol' sudah tiada
Harimau tersebut mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak kira-kira jam 5.30 pagi.

Kerajaan pelawa kerjasama pemuliharaan hidupan liar
Salah satu usaha ke arah pemuliharaan hidupan liar oleh Perhilitan adalah dengan penubuhan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai.