KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang telah memperketatkan proses bagi pajakan, gadaian, pindah milik dan pelupusan tanah rizab Melayu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Langkah itu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan pegangan tanah rizab Melayu di Pahang agar terus terpelihara, justeru beliau berkata semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan serta kelulusan pihak berkuasa negeri.
Beliau berkata setakat ini jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah diwartakan berkeluasan 397,619.05 hektar di seluruh Pahang.
"Bagi memastikan keluasan kawasan tersebut dikekalkan, sebarang pembatalan ke atas rizab Melayu perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri dan penggantian kawasan baru akan dilaksanakan serentak.
"Selain daripada itu, bagi menambah jumlah keluasan tanah rizab Melayu, semua Projek Skim Tanah Rakyat (STR) turut diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu," katanya ketika berucap pada Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang 2023 di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan di sini semalam.
Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan antara inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi pendapatan dan ekonomi golongan bumiputera adalah melalui pelaksanaan STR dengan projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan projek pertanian.
Menerusi pelaksanaan STR beliau berkata kerajaan negeri juga dapat memberi peluang kepada rakyat terutamanya bumiputera yang masih belum mempunyai tanah untuk memiliki aset dan sekali gus dapat dibangunkan secara ekonomik.
Bagi merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran pula pelbagai inisiatif dijalankan oleh kerajaan negeri terutama dalam bidang keusahawanan melibatkan kaum bumiputera antaranya pelaksanaan Skim I-Push berjumlah RM20 juta telah diperuntukkan pada 2022 dan 2023.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut menetapkan kuota sebanyak 30 peratus bagi pekerja bumiputera dalam kalangan rakyat Pahang bagi memastikan penglibatan bumiputera dalam industri pembinaan.
Dalam pada itu, Menteri Besar berkata kebanyakan projek sakit di Pahang berpunca antaranya daripada kontraktor yang dilantik dan punca mengenai faktor itu harus dikenal pasti.
"Misalnya di Jelai sahaja ada 26 projek yang sakit, saya dimaklumkan bahawa 70 hingga 80 peratus adalah masalah kontraktor...masalah ini akan memberi kesan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Wan Rosdy berucap ketika merasmikan Seminar Memperkasa Ekonomi Bumiputera Pahang di Kuantan, 3 Dis 2023. --fotoBERNAMA

Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai
Tabika Berkeperluan Khas memberi ruang kepada kanak-kanak autisme belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan sesuai.

Qantas catat kenaikan untung 11 peratus bagi Julai-Disember 2024
Kumpulan Qantas Group pada Khamis mengumumkan keuntungan asas sebelum cukai sebanyak A$1.39 bilion (AS$874.2 juta) bagi tempoh enam bulan.
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.

Kerajaan Pahang perketat proses pajakan, pindah milik tanah - MB
Wan Rosdy berkata semua permohonan bagi tujuan pajakan dan pemilikan perlu diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa negeri.