GEORGE TOWN: Usaha mengekalkan status UNESCO di negeri ini merupakan agenda berterusan kerajaan Pulau Pinang, katanya Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo.
Beliau berkata dalam menjayakan usaha itu, kerajaan negeri telah menganjurkan sesi Town Hall melibatkan pihak berkepentingan dari Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town (TWDGT) di Bangunan Dewan Bandaran, semalam.
"Sesi Town Hall ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kepentingan nilai-nilai warisan dan nilai keunggulan sejagat dalam TWDGT.
"Selain itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sentiasa bersedia untuk mendengar suara rakyat dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan," katanya di sini.
Tambahnya, pada 7 Julai 2008, George Town dan Melaka merupakan antara bandar bersejarah yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO berdasarkan nilai keunggulan sejagat (OUV).
Katanya, TWDGT di negeri ini meliputi kawasan zon teras seluas 109.38 hektar dan zon penampan seluas 150.04 hektar, yang melibatkan sebanyak 5,013 buah tapak warisan bersejarah.
"Dengan usaha kerajaan negeri, beberapa dokumen seperti Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011, Peraturan-Peraturan Warisan Negeri Pulau Pinang 2016 serta Rancangan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town (RKK) telah diwartakan dalam usaha memelihara bangunan warisan," katanya.
Katanya, sehingga kini, sebanyak 48 notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dikeluarkan oleh MBPP kepada pemilik bangunan mengenai pematuhan dalam memelihara tapak warisan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023

Tapak Warisan Dunia UNESCO di Pulau Pinang meliputi kawasan zon teras seluas 109.38 hektar. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan P. Pinang komited memelihara status UNESCO - Exco
Sesi Town Hall diadakan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai warisan dan nilai keunggulan sejagat dalam TWDGT.

Bandar Kuala Kangsar akan jadi tapak warisan dunia
Kerajaan negeri Perak berhasrat calonkan bandar Kuala Kangsar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Buat kali pertama, penghijrahan terbesar hidupan liar Maasai Mara tanpa pelancong asing
Dengan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, panorama luar biasa itu hanya disaksikan warga tempatan Kenya.

Agong, Permaisuri 'tawan' Puncak Candi Borobudur
Lawatan Seri Paduka berdua ke candi Buddha terbesar dunia itu adalah satu refleksi kecintaan terhadap kepelbagaian budaya, nilai estetika dan sejarah.

Kerajaan India dikritik kerana projek 'menswastakan' Taj Mahal
Aktivis sejarah mengkritik tindakan kerajaan India yang cuba menswastakan aset warisan sejarah India selepas melancarkan sebuah skim.

Status Tapak Warisan Dunia UNESCO Stonehenge bakal ditarik balik
Kerajaan bercadang membina terowong berdekatan tapak bersejarah itu bagi mengatasi masalah lalu lintas teruk yang telah berlarutan sejak 20 tahun.

Tapak arkeologi Guar Kepah dijadikan tapak warisan UNESCO - Lim
Ia merupakan usaha memelihara dan memulihara tapak penemuan rangka dipercayai milik manusia purba berusia antara 5,000 dan 6,000 tahun.

Masalah pemutihan karang di Great Barrier Reef di tahap serius
Pihak berkuasa Australia berkata perkembangan membimbangkan di kawasan Tapak Warisan Dunia itu semakin teruk berikutan pemanasan laut.

Kemboja 'marah' pemerintah India mahu bina replika Angkor Wat
Kerajaan Kemboja menyifatkan 'salinan' kompleks Angkor Wat itu sebagai merampas nilai komersial sekali gus mencabul status tapak warisan dunia.

Kaesong disenarai Warisan Dunia UNESCO
Tapak warisan di Kaesong di bandar sempadan di Korea Utara disenaraikan sebagai tapak warisan dunia Unesco.