KUALA KANGSAR: Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal diangkat sebagai warisan kebangsaan pada masa akan datang.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, selepas mendapat penarafan itu, bandar Kuala Kangsar juga akan dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Kita (kerajaan negeri) ada buat perbincangan dengan Jabatan Warisan Negara untuk diangkat (bandar Kuala Kangsar) sebagai warisan kebangsaan terlebih dahulu.
"Selepas itu kita akan lihat kepada penarafan UNESCO, setelah warisan kebangsaan diselesaikan. Kita harap ianya dapat direalisasikan dalam masa yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021, di Dewan Jubli Perak di sini, pada Khamis.
Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Zulqurnain Mohamad dan Pengarah PlanMalaysia @ Perak, Asni Mustafa.
Nolee Ashlin berkata, usaha itu bagi memartabat dan mengiktiraf warisan Istana Bukit Chandan sebagai Tapak Warisan Bernilai Tinggi.
Menurut beliau, hasrat itu merupakan salah satu daripada projek pemacu yang akan dibentangkan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (penggantian).
Projek pemacu kedua ialah Pusat Pelancongan Sauk-Chenderoh dan Pusat Kreatif Sayong, ketiga ialah Pembinaan Susur Keluar Masuk Baharu ke Lebuhraya Utara Selatan dan Peningkatan Hubungan Antara Bandar
Dalam perkembangan berasingan, Nolee Ashilin berkata, kedatangan pelancong ke negeri ini menunjukkan prestasi yang baik khususnya di Pulau Pangkor.
Katanya, walaupun kes COVID-19 masih menunjukkan turun naik, namun, itu tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di Perak.
"Pengusaha dan pemain industri lega apabila aktiviti pelancongan rancak terutamanya di Pulau Pangkor, Kuala Kangsar dan Ipoh.
"Penginapan hotel misalnya di Ipoh kita dapati 97 peratus penginapan hampir penuh ditempah," katanya.
Aida Aziz
Thu Nov 11 2021
Kerajaan negeri Perak juga mahu memartabat dan mengiktiraf warisan Istana Bukit Chandan sebagai Tapak Warisan Bernilai Tinggi. - Gambar ihsan laman web Muzium Perak
Kamala dan Trump adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris bahawa cadangan bagi menyerahkan sebahagian besar wilayah berdaulat Ukraine adalah satu cadangan penyerahan, bukan cadangan keamanan.
Israel rancang serangan darat di Lubnan
Israel sedang bersiap sedia untuk kemungkinan operasi darat di Lubnan ketika Hezbollah melepaskan berpuluh-puluh roket merentasi sempadan hingga ke Tel Aviv.
Angka korban di Gaza melebihi 41,500
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak 7 Oktober 2023 mencecah 41,534 orang.
Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Khamis menyatakan bahawa seramai 96,092 orang telah cedera dalam serangan yang masih berterusan.
Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Khamis menyatakan bahawa seramai 96,092 orang telah cedera dalam serangan yang masih berterusan.
UK mahu kembali baiki sistem antarabangsa dan tangani perang
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan bahawa konflik dan peperangan adalah malapetaka yang dibuat oleh tangan manusia.
EU gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Presiden Majlis Eropah Charles Michel berkata bahawa membenarkan konflik terus meningkat antara Israel dan Lubnan adalah "tidak bertanggungjawab.
Media wadah penting dalam pemerkasaan Bahasa Malaysia
Peranan media dalam menyebarluaskan dan mengintegrasikan penggunaan Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu dilihat sangat penting dalam pemerkasaan bahasa itu.
Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari, media menjadi wadah untuk penciptaan ruang bahasa itu dilestarikan mengikut kaedah yang benar.
Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari, media menjadi wadah untuk penciptaan ruang bahasa itu dilestarikan mengikut kaedah yang benar.
Bahasa Malaysia mempunyai nilai ekonomi di mata rakyat asing
Nilai ekonomi yang terkandung dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu menjadi faktor pendorong kepada banyak negara maju, tertarik untuk mendalami bahasa kebangsaan tersebut.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari berkata, perkara ini dapat dilihat apabila ramai rakyat dari negara kuasa besar seperti China tertarik dengan Bahasa Malaysia sehingga mampu bertutur dengan sangat fasih.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr Hazami Jahari berkata, perkara ini dapat dilihat apabila ramai rakyat dari negara kuasa besar seperti China tertarik dengan Bahasa Malaysia sehingga mampu bertutur dengan sangat fasih.
Agihan ekonomi seimbang penting bagi memacu ekonomi setempat
Agihan ekonomi seimbang di seluruh negeri Malaysia berperanan sebagai instrumen penting dalam memperkasa usaha membasmi kemiskinan tegar.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, langkah itu perlu dipergiat dengan pemerkasaan strategi penumpuan aktiviti ekonomi di sesebuah kawasan atau lokaliti penduduk bagi merancakkan ekonomi setempat.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, langkah itu perlu dipergiat dengan pemerkasaan strategi penumpuan aktiviti ekonomi di sesebuah kawasan atau lokaliti penduduk bagi merancakkan ekonomi setempat.
PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
Pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka esok selepas tempoh 14 hari berkempen tamat tengah malam ini
Google Earth papar imej permukaan bumi seawal era 1930-an
Kesemua imej satelit permukaan bumi pula boleh diakses dengan imej terawal daripada tahun 1984.
Bandar Kuala Kangsar akan jadi tapak warisan dunia
Kerajaan negeri Perak berhasrat calonkan bandar Kuala Kangsar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.