Perbicaraan berhubung 263.272 ekar tanah di kawasan utama di Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak era sebelum mereka pada 1956 masih belum selesai apabila kerajaan hari ini memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan awalnya berhubung pengambilalihan tanah itu.
Kerajaan sedang berusaha menyemak semula keengganan Mahkamah Persekutuan untuk membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan kerajaan Malaysia menceroboh tanah yang kini tersergam antara lain Kompleks Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa buah bangunan kerajaan yang lain, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.
Pada 2010, syarikat tanah persendirian, Semantan Estate Sdn Bhd menang dalam samannya ke atas kerajaan di Mahkamah Tinggi yang mendapati defendan (kerajaan) tidak mendapatkan tanah itu secara sah daripada plaintif.
Mahkamah Tinggi memutuskan defendan kekal memiliki secara tidak sah tanah berkenaan dan memberikan ganti rugi yang akan dinilai Penolong Pendaftar Kanan.
Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, kerajaan membuat rayuan dengan Mahkamah Rayuan yang kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada November 2012, Mahkamah Persekutuan menolak usul kerajaan bagi kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan.
Sebelum itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mewakili kerajaan berhujah bahawa mahkamah mempunyai kuasa yang wujud di bawah Peraturan 137, Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 untuk menyemak semula keputusannya sendiri bagi membetulkan ketidakadilan.
Mohamed Apandi berkata kerajaan tidak mempunyai jalan lain kecuali melalui semakan semula untuk memperbetulkan salah laksana keadilan yang ketara telah menyebabkan ketidakadilan.
"Kami berada di mahkamah hari ini untuk berhujah dan menyuarakan perkara itu," beliau memberitahu sidang lima panel hakim yang ketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop.
Kerajaan mahu mahkamah membenarkan permohonan semakan semulanya, untuk merit kes itu didengar memandangkan panel sebelumnya telah menolak kebenaran untuk merayu tanpa mendengar mengenai merit.
Peguam Datuk Dr C.V. Das yang mewakili Semantan Estate menjawab ini bukan kes yang sesuai dan layak untuk dikaji semula.
Beliau berkata perlu ada muktamd dalam mana-mana kes jika tidak ia akan membuka benteng kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah untuk memfailkan permohonan semakan semula.
Beliau juga berkata kerajaan diberi peluang untuk merayu terhadap keputusan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Ahmad yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Aziah Ali dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham menangguhkan keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. -- Bernama
Bernama
Tue Apr 18 2017

Mohamed Apandi (gambar) berkata kerajaan tidak mempunyai jalan lain kecuali melalui semakan semula untuk memperbetulkan salah laksana keadilan yang ketara telah menyebabkan ketidakadilan. Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tanah runtuh Bukit Tunku: MACA dikosongkan, 45 selamat dipindahkan
Pengosongan tersebut atas nasihat pihak bomba sehingga kawasan terlibat diisytiharkan selamat.

Tanah runtuh Bukit Tunku: Sumber air bawah tanah mungkin punca - Bomba
Perkara itu bagaimanapun akan dipastikan dalam siasatan pihak bomba.

Kes rogol dalam lokap: 11 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan
Beliau berkata kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati gagal serta cuai menjalankan tugas.

Cuti Krismas dan Tahun Baharu: Trafik lancar, namun kenderaan semakin bertambah
Keadaan trafik di kesemua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) khususnya di plaza tol keluar dari ibu negara dilaporkan masih lagi lancar sejak jam 8 malam tadi.

PKPB: Sembilan sekatan jalan raya di laluan kritikal Lebuhraya Plus
Sebanyak sembilan sekatan jalan raya diadakan pihak berkuasa di beberapa laluan kritikal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mahkamah Kuala Lumpur terima ancaman bom
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bertukar panik apabila kesemua kakitangan serta orang ramai diminta meminta mengosongkan bangunan susulan terdapat ancaman bom

Rosmah kena 17 pertuduhan ubah wang dan gagal isytihar pendapatan
Rosmah yang tiba kira-kira pukul 8:28 pagi memakai tudung berwarna oren kelihatan tenang.

Kompleks Mahkamah Jalan Duta dikawal ketat
Tinjauan mendapati pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal pukul 6 pagi.

Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan
Sejurus tiba, Najib terus dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen 9 untuk sebutan kes di bawah kawalan ketat pihak polis.

Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani sudah sedar sepenuhnya
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman Rani yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah sedar sepenuhnya.