Kerajaan meminta pihak pembangkang mengetengahkan bukti bertulis bahawa hutang negara dahulu (1980-1990) lebih banyak daripada sekarang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, bekas timbalan perdana menteri itu menyebut beberapa angka berkaitan hutang negara dengan Jepun antara tahun 80-an dan 90-an.
"Jika Ahli yang Berhormat semak laporan tahunan, didapati hutang tidak lebih daripada RM300 bilion iaitu 27 peratus daripada keluaran dalam negara kasar masa dahulu," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata angka dalam laporan tahunan 1980-1990-an merupakan angka sebenar.
"Kalau Ahli yang Berhormat dapat tunjuk angka yang berlainan, saya amat berterima kasih kerana ia bermakna saya tidak betul.
"Tetapi, saya ada di situ (kerajaan) selama 22 tahun, sedikit sebanyak tahulah angka-angka pertumbuhan, kewangan serta hutang," katanya.
Ketika itu, Dr Mahathir berkata negara tidak pernah berhutang RM42 bilion dalam satu masa, dan tidak pernah ada hutang lebih RM1 trilion.
Beliau berkata jika ada bukti, ketengahkan, selain menegaskan bahawa negara tidak biasa mendengar perkataan trilion tetapi sekarang hutang negara lebih RM1 trilion.
"Saya tidak tahulah, kalau RM1 trilion itu kurang daripada RM300 bilion (hutang negara ketika itu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 23 2018
Dr Mahathir berkata negara tidak pernah berhutang RM42 bilion dalam satu masa, dan tidak pernah ada hutang lebih RM1 trilion. - Gambar fail
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Kebakaran hutan: Brazil berdepan kekurangan sumber
Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.
Taufan Yagi: Tindakan balas kemanusiaan antarabangsa diperlukan di Myanmar
Negara jiran Myanmar mesti mengetepikan politik dan membuka sempadan mereka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan antarabangsa kepada rakyat negara itu melalui pihak berkuasa penentangan dan rangkaian masyarakat sivil.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
Diplomasi, pensijilan halal piawaian tinggi kukuh kedudukan Malaysia di dunia
Persekitaran industri halal Malaysia yang didukung sistem pensijilan halal berpiawaian tinggi telah mewujudkan rantaian diplomasi halal sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama ind
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
Komitmen Malaysia, China banteras jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Komitmen China terhadap Malaysia untuk kerjasama serta kolaborasi dua hala dalam usaha pembanterasan jenayah rentas sempadan adalah pada tahap tertinggi.
Perkukuh kerjasama bidang keselamatan mesej utama Malaysia di GPSCFL - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk terus menyumbang kepada inisiatif keselamatan global di pentas antarabangsa.
Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.
Tujuan penubuhan SG4 baik tapi perlu teliti pasaran REE dunia - Zahid
Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) oleh empat negeri ditadbir pembangkang bagi memajukan industri memproses nadir bumi (REE) sememangnya bertujuan baik.
Penubuhan SG4 mampu teroka potensi besar REE - Zahid
Harga pasaran global bagi REE telah jatuh sebanyak 70 peratus akibat lambakan bahan tersebut oleh negara pengeksport tertentu.
Malaysia, Timor-Leste setuju tingkat kerjasama pendidikan dan perancangan bandar
Malaysia dan Timor-Leste bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu terutama pendidikan termasuk TVET, industri halal, pembangunan luar bandar serta perancangan bandar.
Industri halal berpotensi pacu pertumbuhan ekonomi Timor-Leste - TPM Ahmad Zahid
Industri halal berpotensi menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Timor-Leste, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.