PADANG BESAR: Kerajaan mahu industri kenaf dikembangkan dan menghasilkan lebih banyak produk akhir bagi meningkatkan jumlah eksport negara berasaskan komoditi tersebut.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini nilai eksport kenaf negara adalah sebanyak RM10 juta dan jumlah itu dapat ditingkatkan jika pengusaha kenaf berupaya menghasilkan lebih banyak produk hiliran selain fiber.
"Di seluruh negara terdapat kira-kira 2,000 hektar ladang kenaf termasuk yang diusahakan oleh pengusaha kecil dan penghasilan produk industri hiliran (produk akhir) masih kecil, selain pengeluaran hasil kenaf (fiber) itu sendiri juga masih rendah untuk kegunaan tempatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang kenaf seluas 200 hektar di Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) dekat sini, hari ini.
Justeru, Zuraida berkata, kerajaan sangat mengalu-alukan orang ramai untuk menceburi bidang penanaman kenaf kerana ia mudah diusahakan dan hanya mengambil tempoh empat bulan untuk dituai.
"Sesiapa yang mempunyai sekurang-kurangnya satu hektar tanah, sudah layak untuk memohon bantuan untuk tanaman kenaf daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)," katanya.
Menurutnya, faktor cuaca serta tanah di wilayah utara sangat sesuai untuk penanaman kenaf dan disebabkan itu ladang yang terletak di CVIA dan beberapa kawasan di Kedah utara memfokuskan kepada penghasilan benih kenaf sahaja.
"Tapi sekiranya ladang kenaf dapat diperluaskan dengan penglibatan lebih ramai pengusaha kenaf secara kecil-kecilan, mungkin boleh difikirkan untuk menghasilkan lebih banyak produk akhir sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk dan negara," katanya.
Zuraida berkata, kerajaan negeri juga disarankan agar meningkatkan tempoh pajakan tanah untuk perusahaan tanaman kenaf supaya pengusaha ladang seperti di CVIA boleh membuat perancangan jangka masa panjang dalam mempelbagaikan produk mereka.
Menurutnya, kementeriannya melalui LKTN akan terus memastikan pelbagai program dan inisiatif berkaitan pembangunan industri kenaf dipertingkat dan ditambah baik.
"Ini penting agar industri ini terus berdaya saing dan mampan di samping menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya.
Pembangunan pelbagai industri hiliran kenaf termasuklah penghasilan sistem binaan berindustri (IBS), pulpa untuk pembungkusan mesra alam, biokomposit dan makanan ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021

Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini nilai eksport kenaf negara adalah sebanyak RM10 juta dan jumlah itu dapat ditingkatkan jika pengusaha kenaf berupaya menghasilkan lebih banyak produk hiliran selain fiber. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

KVG meterai MoU pacu pengembangan dalam pasaran kenaf Indonesia
Kenaf Venture Global Sdn Bhd (KVG) menyasarkan untuk mempercepat usaha pengembangannya di Indonesia serta Asia Tenggara.

Kerajaan mahu industri kenaf diperkembang, hasilkan lebih banyak produk akhir - Zuraida
Kerajaan mahu industri kenaf dikembangkan dan menghasilkan lebih banyak produk akhir bagi meningkatkan jumlah eksport negara berasaskan komoditi tersebut.