KUALA LUMPUR:Kerajaan meluluskan peruntukan bagi Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM10.25 juta untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana banjir semasa musim monsun timur laut 2020/2021.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata peruntukan awal Bantuan Wang Ihsan itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri yang terlibat banjir bagi mempercepatkan proses pengagihan bantuan.
"Berdasarkan laporan keseluruhan bencana banjir monsun timur laut 2020/2021 daripada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), bilangan mangsa bencana di seluruh negara yang direkodkan mulai 11 Nov 2020 hingga 14 Jan 2021 dianggarkan berjumlah 20,341 keluarga.
"Bagaimanapun, memandangkan negara masih lagi berada dalam fasa monson timur laut yang dijangka berakhir pertengahan Mac ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) boleh memohon peruntukan tambahan berdasarkan jumlah sebenar keluarga yang telah disahkan sekiranya terdapat pertambahan mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata setiap keluarga yang terjejas akan menerima RM500 manakala RM5,000 diberikan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan bencana banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Kerajaan meluluskan peruntukan Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM10.25 juta untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat banjir. - Gambar fail
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.
KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
Skuad berbasikal lebuh raya perlu RM2 juta setahun - Amarjit
Jumlah itu mengambil kira kedua-dua pasukan lelaki dan wanita, dalam memastikan mereka dapat disediakan dengan program latihan yang mampan.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Sarawak perlu lebih RM100 bilion untuk pelbagai pembangunan dalam RMK13 - Abang Johari
Sejumlah RM7.89 bilion diperlukan bagi pembinaan fasiliti kesihatan baharu, menaik taraf dan membaik pulih serta menyelenggara fasiliti kesihatan.
Peningkatan peruntukan kepada pesawah komitmen kerajaan tingkatkan pengeluaran beras tempatan
Peningkatan 5.5 peratus peruntukan subsidi padi dan insentif kepada pesawah dalam Belanjawan 2025 berbanding tahun ini mencerminkan tekad kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan.