Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, sebaliknya akan melakukan beberapa pindaan untuk menambahbaik undang-undang itu, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, keputusan itu merupakan pendirian tetap Pakatan Harapan, dan telah pun dimaklumkan dalam sidang Parlimen beberapa kali sebelum ini.
“Ada beberapa perkara yang mungkin kita akan berikan tumpuan, macam semalam pun saya maklumkan seperti ada kata tempoh reman SOSMA itu agak terlalu panjang iaitu 28 hari. Dan ia agak menyeksakan.
“Pandangan itu kita ambil kira tapi kita juga ambil pandangan pihak polis yang kuat kuasakan undang-undang keganasan,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Pekan Nanas, di sini hari ini.
Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan meminda undang-undang yang disifat ‘drakonian’ itu secepat mungkin.
Beliau berkata, pindaan itu perlu dilakukan segera kerana bimbang ia akan disalah guna, sekaligus menimbulkan ketidakadilan kepada mereka yang ditahan di bawah akta itu.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pindaan itu bukan disebab tangkapan ke atas beberapa ahli politik yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
“Kena ada proses check and balance. Kena ada beberapa fasal lain. Saya fikir kalau dilihat dari sudut itu kita nak pertahankan SOSMA kerana dalam soal ini bukan kerana soal tangkapan berkaitan LTTE saja.
“Kalau baca, dalam ucapan saya, menyentuh keganasan. Ini bukan soal bayangan, ini realiti. Kita tidak mahu Malaysia jadi pengkalan promosi keganasan.
“Ada rakyat Malaysia yang pergi ke Syria untuk berperang mati. Macam-macam lagi jenayah rentas sempadan sebagai contoh,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Nov 08 2019

Menurut Muhyiddin, keputusan itu merupakan pendirian tetap Pakatan Harapan, dan telah pun dimaklumkan dalam sidang Parlimen beberapa kali sebelum ini. - Gambar fail

MAIWP salur RM6.5 juta bantuan zakat di Labuan sempena Ramadan, Aidilfitri
Setiap asnaf yang juga penerima bantuan bulanan MAIWP akan menerima RM1,000.

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Kerajaan komited tambah baik SOSMA - Muhyiddin
Keputusan itu merupakan pendirian tetap Pakatan Harapan, dan telah pun dimaklumkan dalam sidang Parlimen beberapa kali sebelum ini.

SOSMA menafikan hak perbicaraan adil bagi tertuduh
Perbincangan umum mengenai SOSMA ini tidak banyak menyentuh pada kesan SOSMA apabila seseorang tertuduh itu dituduh di Mahkamah dengan mana-mana kesalahan keselamatan.

Tahanan Sosma maut dalam lokap
Lelaki itu ditemukan pengsan di dalam sebuah sel di lokap berkenaan oleh anggota bertugas yang kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.