KUALA LUMPUR: Kerajaan amat menitikberatkan isu-isu ancaman keselamatan siber, terutamanya berkaitan ketirisan maklumat, jenayah siber, kerentanan teknologi dan hacktivism.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ancaman ini telah menggugat kesejahteraan individu, kestabilan infrastruktur kritikal negara dan perniagaan, merosakkan reputasi organisasi, serta menyebabkan kerugian wang ringgit, yang secara tidak langsung mengesankan ekonomi negara, dan tahap kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata penjenayah siber sentiasa berusaha mencari ruang mengeksploit setiap kelemahan sistem, aplikasi atau teknologi, untuk mencapai kepentingan dan memperoleh keuntungan dan menurutnya sehingga Okt lepas, 2,674 insiden siber telah dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA.
"Aktiviti-aktiviti seperti Ransomware dan Advanced Persistent Threats (APT) menjadi ancaman serius, terutama dari pihak-pihak yang mungkin mempunyai agenda yang bersifat geopolitik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, selepas merasmikan program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam dan Alam Melayu di Jalan Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Bukit Tunku, di sini.
Anwar berkata penggunaan peranti dan teknologi digital yang semakin meluas juga telah meningkatkan risiko serangan siber yang semakin dinamik dan kompleks, seperti phishing dan Distribution of Denial-of- Service (DDoS) Attack.
"Di peringkat global, pada tahun 2021, Suruhanjaya Eropah melaporkan terdapat 9.75 juta serangan DDoS berlaku di seluruh dunia.
"Tidak hanya itu, dalam setiap jangka masa 11 saat terdapat sebuah organisasi akan menghadapi serangan Ransomware. Ini mencerminkan cabaran ancaman siber masa kini yang semakin rencam dan meningkat," katanya.
Beliau berkata kajian oleh Suruhanjaya Eropah juga menyatakan bahawa 57 peratus Perusahaan Kecil dan Serderhana (PKS) akan gulung tikar jika menghadapi serangan siber manakala di Jerman pula, kos berkaitan serangan siber terhadap perniagaan pada 2020 dianggarkan 220 billion Euro.
Katanya konflik di Ukraine juga menunjukkan keberkesanan serangan siber dalam mencapai objektif ketenteraan, dan alam siber kini menjadi medan perang yang ampuh, terutamanya dalam era peperangan hibrid saat ini.
Beliau berkata bagi menambah baik pengurusan keselamatan siber negara, Kerajaan telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2020-2024.
Katanya strategi ini menggariskan secara komprehensif lima tonggak utama dengan 12 strategi dan 35 pelan tindakan untuk dilaksanakan, bagi mewujudkan persekitaran siber yang selamat, terpercaya dan berdaya tahan, di samping merangsang kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Strategi ini turut melibatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif keselamatan siber, termasuklah pembentukan Rang Undang-undang Keselamatan Siber, dan pembangunan kapasiti dan keupayaan tenaga mahir bidang siber, serta pengukuhan kerjasama awam-swasta, dan hubungan antarabangsa," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan meletakkan komitmen yang tinggi dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai pemacu pembangunan negara.
Anwar berkata dalam melonjak negara ke arah kemajuan ekonomi digital, tantangan utama yang perlu didepani saat ini pastinya jenayah siber, dan ancaman kepada keselamatan siber.
"Ruang maya merupakan domain baharu keselamatan dan geopolitik negara. Pelaku negara dan bukan negara (state and non-state actors), menggunakan pelbagai mekanisme untuk melemahkan keselamatan negara, tanpa perlu menyerang secara fizikal, dan hanya melalui serangan maya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Mohamad (tengah) ketika merasmikan program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam dan Alam Melayu. -Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesihatan Prabowo: Teddy Indra Wijaya perlu telus tentang situasi sebenar
Percanggahan alasan dari Setiausaha Kabinet Indonesia tentang pembatalan lawatan Prabowo menimbulkan persoalan di kalangan media
Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa
Beliau mendoakan agar mereka yang terkorban diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.