Kerajaan komited membentangkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada anggota Parlimen supaya mereka boleh membuat keputusan mengenai pakatan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.
"Kami perlu bentangkan (TPPA) di Parlimen Malaysia," katanya pada sesi dialog Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apec 2013 di sini.
"Sebaik mendapat lebih banyak maklumat, maka lebih mudah untuk kami membuat keputusan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
"Eloklah jika kita dapat memuktamadkannya menjelang akhir tahun ini, namun ia bukanlah tempoh yang muktamad."
Najib turut menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa perkara dalam rundingan TPPA memandangkan ia 'menceroboh' hak kedaulatan dalam merangka formula peraturan dan dasar.
Sambil menyuarakan kebimbangan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap TPPA, Najib menekankan bahawa fleksibiliti merupakan kunci utama kejayaan dalam rundingan.
"Ada beberapa perkara yang membimbangkan kami memandangkan TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang berbeza," kata Najib pada sesi dialog bertema 'Pelaburan dalam Infrastruktur dan Modal Insan -- Melabur untuk Daya Tahan Ekonomi.
Perdana Menteri yang menjadi anggota panel forum itu menyatakan kebimbangan beliau itu sebagai menjawab pertanyaan moderator dialog itu, Diane Brady, editor kanan Bloomberg mengenai TPPA.
Najib menjadi anggota panel forum itu bersama Presiden Mexico Enrique Pena Nietowas.
Beliau berkata TPPA, yang dilancarkan pada 2011 dan kini memasuki rundingan pusingan ke-19, melepasi Perjanjian Perdagangan Bebas biasa dan pakatan pelaburan yang Malaysia jalin bersama banyak negara.
Apabila melihat lebih mendalam, dalam bidang harta intelektual, penyelesaian pertikaian pelaburan negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh, anda mencerobohi hak kedaulatan sesebuah negara dalam membuat peraturan dan dasar.
"Ini merupakan bahagian yang sukar, dan itu sebab kami minta ia lebih fleksibel," katanya.
TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan oleh negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik -- Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri hari ini memberitahu Dewan Negara kerajaan akan memastikan kepentingan negara dan rakyat tidak di kompromi dalam rundingan pakatan perdagangan yang sedang berjalan.
Hamim juga berkata Malaysia tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk menandatangani TPPA seperti didakwa sesetengah pihak.
Ditanya mengenai kepentingan Bumiputera atau dasar tindakan affirmatif untuk daya tahan negara, Najib berkata :
Dasar Bumiputera perlu dilihat dalam konteks mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama memandangkan Bumiputera membabitkan 67 peratus penduduk, termasuk Islam dan Bumiputera bukan Islam selain di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata jika Bumiputera ketinggalan atau dipinggirkan, ia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan jangka panjang dalam negara.
Untuk masa depan, Najib berkata dasar itu akan dilaksanakan secara mesra pasaran dan berbeza daripada masa lampau yang mengundang kritikal.
Jika ia dilaksanakan secara lebih adil dan mesra pasaran, saya yakin ia membawa kebaikan kepada negara, katanya dan menambah walaupun dasar itu dilaksanakan, bukan Bumiputera masih mendapat manfaat daripada dasar yang sama.
Sidang kemuncak CEO itu berlangsung sebelum Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec pada Selasa.
Bernama
Mon Oct 07 2013
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.