Kerajaan Kelantan sedia mengadakan perbincangan dengan masyarakat Orang Asli berhubung tuntutan masyarakat itu yang mahu 19,720 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Balah di Gua Musang diwartakan.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bersedia membuka pintu rundingan terhadap apa sahaja tuntutan masyarakat berkenaan, namun ia perlulah dilakukan menerusi saluran yang betul.
"Kalau mereka bersedia kita tetapkan tarikh, saya tiada masalah. Tapi datang dengan cara yang betul," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim hari ini dipetik sebagai berkata masyarakat Orang Asli di Gua Musang meminta kerajaan negeri mewartakan kawasan di Hutan Simpan Kekal Balah seluas 19,720 hektar termasuk sebahagian konsesi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan Hutan Simpan Kekal sebagai tanah adat mereka.
Zahari turut dilaporkan sebagai berkata pihaknya juga dalam usaha mewartakan seluas 937 hektar kawasan di Pos Gob yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Balah sebagai tanda menghormati masyarakat tersebut walaupun tanah berkenaan berstatus hutan simpan.
Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli Kelantan berkata masyarakat tersebut pernah menghantar memorandum kepada kerajaan negeri sebelum ini dengan sebahagian daripada permintaan mereka telah ditunaikan.
"Contohnya ada memorandum dulu yang dihantar (oleh masyarakat Orang Asli) dan saya ada baca. Dia (masyarakat Orang Asli) nak satu keluarga dapat 50 ekar (20 hektar) seorang jadi saya rasa ini besar juga jumlahnya. Jadi mungkin sukar untuk kerajaan timbang sebab kerajaan pun ada pertimbangan untuk pembangunan dan sebagainya.
"Kelantan telah meluluskan beberapa rizab untuk Orang Asli ini... kita dah buat dan kita (juga) ada perancangan pembangunan untuk Orang Asli melalui Yayasan Tok Kenali, bukan kita ketepikan (hak mereka)," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan masyarakat Orang Asli dihasut supaya menghalang kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut, Mohd Amar berkata kerajaan negeri menyerahkan perkara tersebut kepada polis.
"Saya difahamkan polis akan siasat benda ini. Kalau ada yang menghasut itu satu tindakan yang tak bertanggungjawab. Pembalak ini dia buat kerja dengan lesen, dia tak buat secara haram," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2016

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim berkata masyarakat Orang Asli di Gua Musang meminta kerajaan negeri mewartakan kawasan di Hutan Simpan Kekal Balah. - fotoBERNAMA / Fail
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pas kekal sokong RUU Antilompat Parti - Mohd Amar
Sebelum ini Kelantan telah meluluskan enakmen antilompat parti di negeri itu, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

Ibu Timbalan MB Kelantan meninggal dunia
Ibu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim meninggal dunia, awal pagi tadi.

BN tidak 'gentleman' - Pas
Kerajaan Barisan Nasional disifatkan tidak 'gentelman' dalam berdepan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Pas bertanding atas tiket PH? Hadi enggan ulas
Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14 di Terengganu.

Kerajaan negeri sudah berlembut, beri tempoh setahun - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan sudah berlembut dan memberi tempoh selama setahun untuk para peniaga pasar Pasir Puteh untuk berpindah ke tapak baharu iaitu di Pasar Siti Hajar.

Kelantan tidak akan tutup pusat tahfiz - Timbalan MB
Kerajaan negeri Kelantan tidak akan menutup pusat tahfiz dan juga pondok pengajian agama walaupun mereka tidak selamat atau mempunyai sijil layak menduduki (CF).

Pas masih belum sahkan tahaluf siyasi dengan PPBM - Mohd Amar
Pas masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak pada Rabu lepas.

Kerajaan Kelantan sedia bincang dengan Orang Asli isu Hutan Simpan Kekal Balah
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bersedia membuka pintu rundingan terhadap apa sahaja tuntutan masyarakat berkenaan.

PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar
PAS belum muktamadkan agenda perbincangan dan post mortem selepas keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Amanah tak mampu bertanding sendirian tanpa sokongan DAP, PKR - Mohd Amar
Naib Presiden PAS itu berkata, Amanah mendapat undi yang tinggi melebihi PAS di Parlimen Sungai Besar kerana undi masyarakat Cina yang menyokong DAP di kawasan berkenaan.