Kerajaan akan mengkaji secara mendalam untuk menerima tuntutan komuniti India Muslim untuk diiktirafkan sebagai Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, katanya, soal bagaimana ia dilaksanakan memerlukan kajian lebih mendalam sama ada dari segi pentadbiran atau perwartaan.
"Saya mendengar tuntutan yang dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) Dhajudeen Shahul Hameed dan saya menerima bahawa India Muslim adalah sebagai Bumiputera," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama badan bukan kerajaan (NGO) India Muslim Semalaysia di sini, malam ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut menerima pandangan Dhajudeen untuk mendirikan satu pusat komuniti India Muslim agar wakil-wakil masyarakat itu dapat berunding dengan beliau mengenai apa jua perkara.
PERMIM menuntut tiga perkara iaitu mewartakan komuniti itu sebagai Bumiputera, mendirikan satu mercu tanda India Muslim di Kuala Lumpur atau Putrajaya, serta melantik seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri bagi mengelolakan hal ehwal kira-kira satu juta komuniti India Muslim di negara ini.
Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan kira-kira 10,000 Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) telah bersetuju untuk memberikan diskaun sehingga 20 peratus berkuat kuasa serta-merta di semua premis perniagaan mereka sebagai menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.
Mengulas lanjut, beliau berkata bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mereka akan menikmati kad diskaun sebanyak 20 peratus, siswa (10 peratus) manakala pemegang kad pengguna (Friends of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) akan menikmati diskaun sebanyak lima peratus.
Majlis yang dihadiri lebih 15,000 pemimpin dan anggota NGO India Muslim bersama keluarga masing-masing turut menarik perhatian perdana menteri sehingga beliau menzahirkan rasa kagum, terharu dan teruja melihat sokongan komuniti itu terhadap kepimpinan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya boleh membuat kesimpulan bahawa komuniti dan masyarakat India Muslim di negara kita merupakan penyokong kukuh dan setia kepada BN”.
Najib turut mengakui sumbangan besar komuniti India Muslim kepada negara sejak dahulu terutama dalam penyediaan makanan restoran dengan beliau difahamkan terdapat kira-kira 10,000 restoran India Muslim Malabari dan Pakistan di negara ini.
Beliau berkata meskipun generasi baharu golongan India Muslim memilih pekerjaan seperti akauntan, peguam dan jurutera daripada bidang tradisional perniagaan pertukaran wang asing dan penjual surat khabar, namun sokongan dan komitmen komuniti itu kepada kerajaan sedia ada masih tidak berubah.
"Saya mahu membawa Malaysia sebaris dengan negara teratas 20 negara di dalam dunia pada masa akan datang. Untuk itu, kita mestilah bersedia melangkau pilihan raya umum ke-14. Hari ini kita sambut Aidilfitri. Tidak lama lagi kita sambut ‘hari raya’ satu lagi yang memerlukan sokongan India Muslim, mahu jadikan visi baharu Malaysia.
"Kita boleh buat dan boleh melakukan perubahan dan transformasi kepada negara. Kalau tuan puan mahu kerajaan melakukan transformasi pada negara, kerajaan yang bersifat inklusif mendampingi semua komuniti besar dan kecil termasuk India Muslim akan terus dibina oleh kerajaan BN," katanya.
Perdana menteri juga mengakui meminati makanan India Muslim antaranya beriani, capati, tosei dan nasi vanggey di Ipoh dan sehinggakan setiap kali beliau melawati bandar itu, beliau akan menelefon pengurus restoran itu untuk menghantar nasi vanggey kepadanya di Ipoh atau ke Kuala Lumpur.
"Hubungan saya secara peribadi dengan India Muslim adalah sangat rapat dan mudah-mudahan semua di sini akan memberi sokongan kepada kerajaan kepimpinan saya. Ada orang di sebelah sana, ada orang tertentu yang juga India Muslim tetapi saya percaya komuniti India Muslim lebih menyokong saya dan berharap hubungan ini akan berterusan selama-lamanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

Perdana menteri mengakui setiap kali beliau melawati Ipoh, beliau akan menelefon pengurus restoran untuk menghantar nasi vanggey kepadanya. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.