KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan kajian menyeluruh berkaitan rasionalisasi semua nilai elaun perkhidmatan awam di negara ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Ugak Kumbong berkata kajian itu biarpun bersifat menyeluruh, namun keutamaan diberikan kepada kadar elaun yang ketika ini masih di bawah RM100.
"Kita juga akan mengkaji rasionalisasi elaun-elaun perkhidmatan awam lain yang mana kita dapati tidak disemak melebihi tempoh 20 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) sebagai maklum balas kepada cadangan Senator Wan Martina Wan Yusoff pada sesi perbahasan sebelum ini yang mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula kadar elaun 'on call' pegawai perubatan.
Ugak berkata kerajaan juga melalui JPA sedang meneliti kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar tajaan di luar negara bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa.
Mengulas mengenai jumlah penjawat awam di dalam perkhidmatan ketika ini, Ugak berkata setakat 1 April tahun ini terdapat 1.005 juta penjawat awam di dalam perkhidmatan melibatkan jawatan berwaran, tidak termasuk anggota polis dan tentera.
Beliau berkata ia merangkumi 764,601 penjawat awam Melayu; 75,743 Bumiputera Sabah, 66,839 penjawat awam Cina; 48,171 Bumiputera Sarawak; 41,450 kaum India; 6,526 pekerja dari kaum Bugis, Siam dan lain-lain serta sejumlah 2,252 dalam kalangan Orang Asli Semenanjung.
"Ketika ini terdapat lima pihak diberi peranan dalam urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Majlis Angkatan Tentera.
"Bagi SPA kaedah lantikan adalah berdasarkan merit dan kompetensi calon tanpa kuota tertentu terhadap etnik atau kaum, semua warganegara Malaysia berpeluang untuk dipertimbang dalam persaingan terbuka dan adil," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Kesavadas Achyuthan Nair mengenai peratusan dan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Datuk Ugak Kumbong berkata kajian itu biarpun bersifat menyeluruh, namun keutamaan diberikan kepada kadar elaun yang ketika ini masih di bawah RM100. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan kaji semula kadar elaun perkhidmatan awam
Kerajaan sedang melaksanakan kajian menyeluruh berkaitan rasionalisasi semua nilai elaun perkhidmatan awam di negara ini.

Pekeliling elaun penjawat awam antara yang perlu segera dikaji semula - Cuepacs
Pekeliling berhubung pemberian beberapa elaun di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah antara perkara yang perlu dikaji semula oleh kerajaan secepat mungkin.

Lebih 80 elaun penjawat awam dikaji semula - KSN
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa Jumaat.