KUALA LUMPUR: Penetapan harga siling ayam yang baharu dan kadar subsidi kepada penternak akan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
Harga siling runcit ayam dan subsidi yang ditetapkan kerajaan sebelum ini akan berakhir pada 31 Ogos ini.
Justeru, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, harga baharu itu akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu depan.
"Untuk memastikan negara kita sentiasa mempunyai bekalan cukup, kira-kira 69 juta ekor ayam sebulan, kita mengekalkan dasar membenarkan pengimportan ayam bulat, dasar itu masih dikekalkan, sementara dasar tidak membenarkan eksport buat masa ini juga akan hanya diputuskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri.
"Jadi perkara-perkara ini akan dibincangkan esok dengan jawatankuasa, akan memaklumkan secara terperinci status dan kedudukan bekalan dan juga permintaan, serta kita telah pun selesai mendapatkan maklumat asas tentang bagaimana sektor pengeksportan ayam itu berlaku pada masa ini.
"Kira-kira RM888 juta bayaran dibuat kepada pengusaha dan mengambil kira semua perkara tersebut, pasukan khas itu akan membuat perakuan kepada mesyuarat Jemaah Menteri esok berhubung dasar seterusnya, iaitu berkaitan harga maksimum ayam dan dasar melibatkan subsidi selepas 31 Ogos," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, di sini pada Khamis.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi.
"Cuma yang perlu saya sampaikan kepada masyarakat, kita mengekalkan dasar di mana harga ayam perlu terus dikawal dan juga keutamaan ke tahap kecukupan bekalan domestik kekal menjadi satu keutamaan," jelasnya.
Sementara itu, beliau berkata pasukan khas itu akan mendapatkan maklum balas Lembaga Minyak Sawit Malaysia, yang akan menentukan harga purata minyak masak bagi Ogos, dan daripada maklumat tersebut, mereka akan melihat kepada penetapan harga maksimum minyak masak seperti diumumkan sebelum ini.
BACA: Kerajaan terus utamakan bekalan ayam untuk pengguna domestik mencukupi - Annuar
Dalam perkembangan berasingan, Annuar memberitahu, lima kementerian peneraju untuk Program Jualan Murah Keluarga Malaysia perlu melaporkan terus kepada Pasukan Khas Jihas Tangani Jihad pada setiap minggu.
Katanya, ia adalah bagi memastikan matlamat asas untuk melaksanakan program itu di 639 Dewan Undangan Negeri di seluruh negara dapat dilaksanakan sebaiknya.
Selain itu, beliau turut meminta kesemua lima kementerian menerus agensi masing-maisng untuk mempertingkatkan jumlah penglibatan memandangkan minggu pertama pelaksanaan program tersebut hanya melibatkan 127 premis.
Sementara itu, Annuar menambah, satu lagi rangkaian jualan murah menggunakan platform e-dagang akan dilancarkan pada September.
Katanya, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang menyiapkan kerangka terakhir untuk dibentangkan kepada pasukan tersebut minggu depan.
Astro Awani
Thu Aug 25 2022

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas itu hari ini. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bincang bekalan barangan musim banjir minggu depan - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara terutama untuk menangani kekurangan bekalan barangan ketika musim banjir

Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa bantu ringankan beban pelajar IPT - Mustapa
JMKM Siswa merupakan projek rintis bagi membantu mengurangkan beban ditanggung siswa, dan akan diperluaskan ke IPTA lain selepas ini.

Banjir: Pastikan barang keperluan mencukupi
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini mahu bekalan barangan keperluan di negeri-negeri dijangka terjejas banjir dipastikan mencukupi, serta tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga barang-

Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Peranan Pasukan Khas Tangani Inflasi bukan tentang OPR sahaja - Annuar
Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.

Tindakan tegas jika jual ayam melebihi harga siling - Mustapa
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan.

Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

Harga siling ayam, telur kekal, kilang tertentu boleh eksport bermula Oktober - Annuar
Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.