Kerajaan negeri Johor pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk memenuhi kesemua manifestonya sebelum tamat 100 hari.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata sehingga kini sebanyak 85 peratus daripada manifesto berkenaan dalam peringkat pelaksanaan dan siap perancangan.
Antara janji tersebut ialah pemberian 10 meter padu air secara percuma, pemberian 'Kad Sihat Johor' iaitu kad kesihatan eksklusif bernilai RM800 setahun dan pemberian insentif bernilai RM1,500 kepada anak-anak bagi melanjutkan pelajaran peringkat tinggi untuk berpendapatan rendah (B40), katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) bersama Menteri Besar Johor, di sini, malam tadi.
Osman berkata manifesto lain ialah penghapusan bayaran lesen penjaja dan peniaga di seluruh negeri Johor serta bantuan perumahan kepada rakyat yang menetap di rumah-rumah pangsa kerajaan.
Katanya kerajaan PH juga telah menghapuskan 'Kuota Menegakkan Kerajaan' (KMK) yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini bagi memberi ruang kepada rakyat memiliki rumah idaman mereka.
"Sebelum ini di bawah KMK, 30 peratus rumah mampu milik akan diberikan keutamaan kepada penyokong-penyokong parti politik tetapi kita telah hapuskan perkara ini untuk memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat kita untuk memiliki kediaman.
"Pelaksanaan tender terbuka oleh kerajaan PH juga telah membawa banyak perubahan kepada kontraktor-kontraktor tempatan, kalau dahulu kita perlu ada 'kabel' untuk dapat kontrak hari ini tidak lagi," katanya.
Sehubungan itu beliau meminta rakyat agar berlaku adil dan memberi peluang kepada kerajaan untuk melakukan dan melaksanakan kerja-kerja tersebut.
"Saya tahu ramai rakyat yang telah mula hilang sabar, ada yang mula cakap kita tidak buat kerja tetapi rakyat perlu ingat, kita baru sahaja dua bulan memerintah negeri ini, jadi berilah peluang," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 17 2018
![Kerajaan Johor sasar penuhi manifesto sebelum 100 hari - MB Kerajaan Johor sasar penuhi manifesto sebelum 100 hari - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531805807_OSMANSAPIAN.jpg)
Osman diiringi Presiden Gabung, Zaini Atan, bersalaman dengan para tetamu ketika hadir di majlis makan malam di Dewan Sangkar Kristal, malam tadi. - BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![MEF ingatkan kerajaan untuk tanggung 50 peratus kenaikan gaji minimum seperti dalam Manifesto PH MEF ingatkan kerajaan untuk tanggung 50 peratus kenaikan gaji minimum seperti dalam Manifesto PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51577088526_TBMEF.jpg)
MEF ingatkan kerajaan untuk tanggung 50 peratus kenaikan gaji minimum seperti dalam Manifesto PH
Keputusan kerajaan yang meminda jumlah kenaikan gaji sebanyak tiga kali dalam masa setahun itu, dilihat tidak rasional, dan membebankan para majikan.
![Tun Mahathir jelas mengapa hapuskan tol tidak boleh dilakukan serta-merta Tun Mahathir jelas mengapa hapuskan tol tidak boleh dilakukan serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550921591_sprinthighway.jpg)
Tun Mahathir jelas mengapa hapuskan tol tidak boleh dilakukan serta-merta
Jika ada pihak swasta boleh bantu kerajaan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbangkan, kata Perdana Menteri.
![Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522714601_MusaHassan.jpg)
Penubuhan IPCMC tidak selaras Perlembagaan negara - Musa Hassan
Pelaksanaan IPCMC dilihat sebagai cubaan untuk mengambil kuasa yang diberikan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
![Tanah Adat: Akan adakah sinar untuk Orang Asli era Malaysia Baharu? Tanah Adat: Akan adakah sinar untuk Orang Asli era Malaysia Baharu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71533295928_RSivarasa.jpg)
Tanah Adat: Akan adakah sinar untuk Orang Asli era Malaysia Baharu?
Masyarakat Orang Asli sering diancam gengster, sehingga pada satu tahap ia melibatkan darah dan nyawa mereka.
![Jabatan Perangkaan Malaysia perlu sediakan statistik yang relevan - TPM Jabatan Perangkaan Malaysia perlu sediakan statistik yang relevan - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532606358_WANAZIZAH.jpg)
Jabatan Perangkaan Malaysia perlu sediakan statistik yang relevan - TPM
Jabatan Perangkaan digesa sediakan statistik releven bagi membolehkan kerajaan tunaikan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan.
![Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528362120_DrMaszleeMalik.jpg)
Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu.
![Tiada 'U-turn', UEC akan diiktiraf Tiada 'U-turn', UEC akan diiktiraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528365245_DrMaszleeMalik.jpg)
Tiada 'U-turn', UEC akan diiktiraf
Kementerian Pendidikan tidak akan menggadaikan bahasa Melayu dan mengkaji secara holistik sebelum membuat keputusan berhubung pengiktirafan sijil tersebut.
![Saya tidak akan langgar Manifesto PH - Tun Mahathir Saya tidak akan langgar Manifesto PH - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526639706_tunMAHATHIR.jpg)
"Saya tidak akan langgar Manifesto PH" - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak akan melanggar Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menetapkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang dua portfolio di dalam Kabinet.
!['Tak sabar jumpa KJ, Najib di Parlimen' - Syed Saddiq 'Tak sabar jumpa KJ, Najib di Parlimen' - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51473087320_SyedSaddiq.jpg)
'Tak sabar jumpa KJ, Najib di Parlimen' - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui tidak sabar untuk berdebat dengan dua pemimin BN, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sidang Parlimen bermula kelak.