JOHOR BAHRU: Sebanyak 176 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang terjejas akibat ribut semalam, akan menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan negeri berdasarkan jumlah kerugian yang dihadapi penduduk terlibat.
Pegawai Daerah Johor Bahru Muzaldin Mohamed berkata sumbangan bantuan itu akan disalurkan kepada mangsa selewat-lewatnya Isnin ini, selepas penilaian kerosakan selesai dilakukan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta kerja-kerja pembaikan disegerakan, untuk itu, satu sesi 'Townhall' akan diadakan untuk menerangkan kepada kesemua mangsa.
"Penilaian terhadap kediaman yang rosak akan diselesaikan hari ini sekali gus melihat apa keperluan setiap kediaman kerana kerosakan yang dialami mungkin berbeza," katanya kepada pemberita selepas lawatan Menteri Besar ke kediaman mangsa yang terjejas di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.
Muzaldin berkata pelbagai agensi terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut di Kampung Melayu Majidee termasuk Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru; Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Menteri Besar.
Sementara itu, Mohd Hairi berkata pihaknya mengucapkan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang bertindak pantas dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas.
Dalam pada itu, seorang mangsa ribut, Liza Wati A. Gani, 36, berkata dia amat mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada kerajaan untuk membantu membaik pulih rumah pusaka keluarganya yang sudah berusia lebih 40 tahun.
"Ribut semalam mengakibatkan semua bumbung rumah terbang kecuali bilik air. Untuk membaik pulih pasti memakan kos sehingga ribuan ringgit. Saya dan kakak tinggal di rumah ini, kami tidak banyak wang, memang hanya berharap pada bantuan kerajaan," kata suri rumah itu.
Kejadian ribut yang berlaku sekitar pukul 2.48 petang semalam itu, turut menyebabkan tiga kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023

Sumbangan bantuan itu akan disalurkan kepada mangsa selewat-lewatnya Isnin ini, selepas penilaian kerosakan selesai dilakukan oleh pelbagai agensi termasuk JKR dan PBT. - Gambar Bernama
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ribut: Enam sekeluarga cemas pokok tumbang atas rumah
Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Melayu Nyior, di sini dilanda ribut pada 6.50 petang semalam.

Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee
Sebanyak 176 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang terjejas akibat ribut semalam, akan menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan negeri berdasarkan jumlah kerugian yang dihadapi penduduk.

14 rumah rosak, ribut landa Kampung Melayu Majidee
Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas dan rosak akibat ribut pada petang Rabu.

60 rumah rosak akibat ribut, Kerajaan Johor sedia bantu mangsa terjejas
Kerajaan Johor bersedia untuk membantu sejumlah penduduk di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang terjejas akibat ribut pada petang tadi, menerusi tabung bencana negeri.