KUALA LUMPUR: Kerajaan berharapkan sumbangan yang lebih besar daripada golongan wanita dalam usaha menangani isu perubahan iklim dengan tumpuan utama mendepani cabaran ekonomi, sosial dan alam sekitar, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
Beliau berkata ini termasuk pelaksanaan ekonomi sirkular untuk mewujudkan perniagaan dan pelaburan yang bertanggungjawab.
Hanifah Hajar berkata, dalam mencapai matlamat pengurangan intensiti karbon, kerajaan akan terus bergantung kepada pendekatan pasaran dengan menawarkan insentif ekonomi yang menarik bagi merangsang pelaburan swasta dalam teknologi hijau dan inovasi.
Menurutnya, pendekatan ini akan membantu peserta pasaran mengurangkan jejak karbon mereka tanpa menjejaskan keuntungan.
"Selain itu, sektor kewangan negara telah bersiap sedia untuk menyokong usaha itu dengan mekanisme pembiayaan yang lebih baik dan lebih banyak produk kewangan hijau.
"Jadi, rebutlah peluang ini," katanya pada ucapan penutup Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Wanita Dunia 2023, di sini, semalam.
Hanifah Hajar berkata, kepimpinan transformasi akan membantu negara memajukan nilai teras ini dalam pelan pembangunan ekonomi dengan menyokong pendaya produktiviti yang lebih meluas, terutamanya platform digital, teknologi hijau, langkah-langkah inovatif dan tenaga kerja baharu.
"Oleh itu, amat penting untuk kita menerima pendekatan kepimpinan ini dengan menggalakkan dan memberi inspirasi kepada orang di sekeliling kita untuk menjadi kreatif, memandang kehadapan, dan mencari penyelesaian baharu bagi menangani masalah lama," katanya.
Forum Ekonomi dan Perniagaan Wanita Sedunia memfokuskan pada tema pemerkasaan dan kepimpinan serta kepentingan meningkatkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam sektor ekonomi dan perniagaan.
Ia menghimpunkan bersama para pemimpin wanita daripada sektor kerajaan, perniagaan, media, persatuan wanita, institusi rasmi global dan pertubuhan bukan kerajaan di bawah satu bumbung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Hanifah Hajar berkata, dalam mencapai matlamat pengurangan intensiti karbon, kerajaan akan terus bergantung kepada pendekatan pasaran dengan menawarkan insentif ekonomi yang menarik. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Keselamatan produk berkaitan bayi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Framework kini memasuki arena komputer desktop
Framework Desktop mempunyai panel hadapan yang boleh diperibadikan dengan jubin plastik pelbagai warna.
Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati untuk ADMM 2024-2027
Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) hari ini mencapai kata sepakat untuk menerima Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.

'Guarantee letter': Perbezaan caj rawatan di hospital swasta perlu kajian terperinci - Timbalan menteri
Kajian terperinci perlu dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut isu perbezaan caj rawatan hospital swasta antara pesakit yang menggunakan 'guarantee letter' dan mereka yang membayar tunai.
“Terlalu banyak perisa sampai BP pun naik” - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berpesan agar editor media berpada-pada memilih tajuk utama untuk menyampaikan berita.
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Nahas penuntut UiTM Dungun: Bicara kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Hakim membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk memindahkan kes Norizan Ismail yang didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan.

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.
Southwest Airlines batal pendaratan elak berlanggar dengan jet
Penerbangan Southwest Airlines terpaksa membatalkan pendaratan di lapangan terbang Chicago Midway pada Selasa bagi mengelak daripada berlanggar dengan jet perniagaan yang memasuki landasan tanpa kebenaran.

Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).
Trump tangguh pelepasan keselamatan untuk firma guaman bagi Jack Smith
Trump menangguhkan pelepasan keselamatan untuk firma guaman yang bekerja dengan Jack Smith.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Setiausaha Agung ASEAN yakin kepemimpinan Malaysia sebagai pengerusi buat keli kelima
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menyatakan keyakinannya terhadap kepemimpinan Malaysia dalam blok serantau itu pada 2025.

Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.

Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.

COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.