Kerajaan akan mempergiat usahanya untuk membantu usahawan tempatan mengaplikasikan penggunaan digital dalam perniagaan, bagi meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz.
Menurutnya usaha tersebut akan diteruskan ke peringkat akar umbi, dan selaku Ahli Parlimen Jerlun merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun, akan menganjurkan program kesedaran awal kepada para usahawan, terutama golongan muda.
"Kerajaan sedar ini adalah hala tuju masa depan dan kita tidak mahu rakyat tertinggal.
"Kita juga sedar bahawa rakyat luar bandar dan mereka dalam kategori B40 dan M40, terlibat dalam perniagaan, dan mahu membantu meningkatkan pendapatan jualan mereka melalui program anjuran agensi-agensi kerajaan, termasuk program e-Usahawan dan e-Rezeki oleh Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC).
Othman berkata pendedahan awal perlu diberikan agar usahawan, terutama golongan muda dapat meluaskan jaringan perniagaan mereka menerusi platform media sosial sehingga menjana pendapatan yang besar setiap bulan.
Beliau berkata setakat ini 70,000 usahawan sudah berdaftar untuk membabitkan diri dalam e-Usahawan dan daripada jumlah itu, 50,000 sudah berjaya dilatih oleh MDEC.
"Malah, kira-kira 17,000 usahawan berjaya meningkatkan pendapatan hasil daripada latihan yang diterima," katanya.
Menurutnya program e-Usahawan disasarkan kepada usahawan yang belum lagi memanfaatkan platform digital dalam perniagaan mereka, terutama bagi mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.
"Malah, program itu turut memberi dorongan kepada ramai pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi untuk menjadi usahawan ketika belajar, menggunakan platform ini," katanya.
BNM, dengan kerjasama MDEC telah menganjurkan bengkel dan ceramah e-Usahawan dan e-Rezeki di karnival kewangan di sini, yang telah memberi manfaat kepada lebih 1,700 peserta.
Daripada jumlah tersebut, hampir 200 peserta mendapat manfaat daripada sesi bengkel yang diadakan.
Maklumat terkini yang kami terima daripada MDEC, 30 peserta bengkel e-Rezeki berjaya menjana pendapatan sampingan, setelah selesai kursus tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018

Kerajaan akan mempergiat usahanya untuk membantu usahawan tempatan mengaplikasikan penggunaan digital dalam perniagaan. - Gambar fail Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mukhriz sedia ikut jejak Tun Mahathir
Mukhriz berkata beliau terbuka untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan pusat dan bukan semestinya sebagai perdana menteri.

Kerajaan giat bantu usahawan guna aplikasi digital
Kerajaan akan mempergiat usahanya untuk membantu usahawan tempatan mengaplikasikan penggunaan digital dalam perniagaan, bagi meningkatkan pendapatan mereka.