Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan senarai daftar pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.
Langkah ini bagi memudahkan pihak terbabit dan badan-badan bukan kerajaan menguruskan warga Rohingya termasuk menyediakan akses pendidikan serta menyelesaikan masalah jenayah.
Menurut pakar mengenai Hal Ehwal Myanmar di Pusat Pengajian Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Madya Jatswan Singh Sidhu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk meringankan penderitaan mereka.
"Kita perlu memahami mengapa warga Rohingya ini terlalu miskin. Mereka sebelum ini memang hidup dalam kemiskinan di Burma. Di Burma, mereka tidak mendapat akses kepada pendidikan, dan harta mereka juga dirampas. Mereka dihina, dan kebanyakannya tidak pernah ke sekolah.
"Sebab itu, mereka tiada kemahiran, maka jika kita mahu menghantar mereka ke negara lain, negara-negara lain mahukan orang yang berkemahiran.
"Di sini, kita boleh main peranan, terutamanya untuk generasi muda. Sekurang-kurangnya mereka bersedia untuk meneruskan kehidupan mereka," kata Jatswan.
Jelasnya, melalui pendidikan yang membekalkan kemahiran kepada warga Rohingya ia mampu membuka peluang pekerjaan dan persediaan sebelum mereka pulang ke negara asal.
Beliau menjangka ia akan mengambil tempoh sekitar 10 hingga 20 tahun untuk kerajaan Myanmar dapat menyelesaikan masalah mereka.
Selain itu beliau berpendapat kerajaan Myanmar juga perlu mengkaji semula Akta Kerakyatan 1982 supaya tidak wujud kasta dalam kalangan rakyat mereka memandangkan ia telah menjadi punca krisis pelarian di rantau ini.
Dr Jatswan berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Krisis Pelarian Rohingya dan Kesannya ke atas Keselamatan Rantau ASEAN di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Richard Towle berkata Malaysia boleh mempertimbangkan cadangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada warga Rohingya.
Katanya, selain membolehkan mereka meneruskan kehidupan seharian, ia boleh merangsang ekonomi negara.
"Permasalahan yang menjadi kebimbangan utama kami adalah jenayah, kemasukan haram dan kami berasa cara untuk menanganinya adalah dengan bekerjasama yang meliputi isu pendaftaran.
"Kita ambil pendekatan untuk mengenal pasti siapa mereka di sini, kita ambil data individu-individu melalui keselamatan biometrik. Sekiranya mereka dapat bekerja secara sah, ini akan membawa mereka keluar dari zon jenayah dan kami rasa perkara ini yang sepatutnya dibincangkan," kata Richard Towle yang turut hadir pada seminar yang sama.
Sehingga kini, terdapat hampir 60,000 pelarian Rohingya yang sudah berdaftar di bawah UNHCR di Malaysia.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan kepada pelarian ini bukan sahaja membabitkan tempat perlindungan tetapi memerlukan pelan yang komprehensif dari Myanmar, negara-negara ASEAN dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Dania Zainuddin
Sat Sep 24 2016

Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan senarai daftar pelarian Rohingya yang berada di Malaysia. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan disaran wujudkan senarai daftar pelarian Rohingya
Langkah ini bagi memudahkan pihak terbabit dan badan-badan bukan kerajaan menguruskan warga Rohingya termasuk menyediakan akses pendidikan serta menyelesaikan masalah jenayah.