Undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, amat diperlukan bagi menangani anasir-anasir subversif, sekali gus memastikan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara.
Beberapa penganalisis politik tanah air berpendapat ISA, yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011, sebenarnya masih relevan dan kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan pihak tertentu mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan
subversif.
Bagi menggantikan ISA serta memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan dan kerukunan hidup rakyat dan negara, dua undang-undang baharu iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA dan Akta Perhimpunan Aman 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 2012.
Seperti yang dinyatakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa keputusan kerajaan memansuhkan ISA sebagai satu kesilapan dan kerajaan harus mempertimbang keperluan untuk mengadakan semula akta tersebut tanpa takut kepada kritikan mengenainya.
Perlukah ISA dikembalikan?
Sebagai pencegahan, ISA sememangnya diperlukan
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri Prof Dr Jayum Jawan berkata akta seperti ISA sememangnya diperlukan untuk sesebuah negara menangani pelbagai ancaman baharu yang menggugat ketenteraman awam dan kestabilan politik.
"Daripada satu sudut, undang-undang seperti ISA bersifat menyekat sesuatu perbuatan walaupun ia masih di peringkat perancangan (belum dilakukan lagi).
"ISA mampu menentang perbuatan subversif kerana sifatnya yang boleh dirumuskan sebagai tahan dulu, bukti kemudian berbanding amalan biasa jika ada bukti baru boleh tahan (prinsip tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah)," katanya.
Namun, yang menjadi kebimbangan sesetengah pihak adalah penyalahgunaan ISA untuk tujuan selain daripada menangani ancaman keselamatan.
Katanya ini kerana ISA sebelum ini didakwa sebagai terlalu mudah digunakan terhadap lawan politik terutama apabila ada pihak yang merasakan kedudukan politik mereka terancam.
ISA penyumbang keamanan, kestabilan negara
Bagi pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata ISA menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rakyat di negara ini.
"ISA bersifat mencegah sebelum parah namun malangnya ia dibubarkan ekoran janji politik. Falsafah di sebalik kemudahan sesebuah akta perlu difahami setiap pemimpin agar akta yang disifatkan sebagai benteng utama negara tidak dijadikan korban hanya kerana agenda politik.
"Pemansuhan ISA juga bermaksud tiada lagi peluang besar untuk kerajaan menggubal akta sekukuh ISA disebabkan faktor komposisi pembangkang di Parlimen semakin bertambah. ISA sepatutnya diperkukuhkan dengan beberapa penambahbaikan," katanya.
Pada masa sama, Md Shukri berkata sesebuah undang-undang atau akta perlu bersifat menjuarai elemen mempertahankan keselamatan negara dan faktor 'akta lama yang sudah lapuk' tidak wajar dijadikan isu untuk akta berkenaan dimansuhkan.
"Amerika Syarikat mempunyai akta seumpama ISA, dikenali sebagai 'Patriot Act'. Mereka bukan sahaja menahan rakyat mereka yang disyaki terlibat dengan jenayah subversif bahkan turut menahan rakyat dari negara lain yang dianggap menggugat keselamatan mereka.
"Persepsi antarabangsa mendesak kita memberi kebebasan penuh sedangkan mereka sendiri melanggar hak asasi manusia berkali-kali dan berterusan melakukannya. Justeru, Malaysia tidak harus tunduk dengan tekanan antarabangsa yang sememangnya mahu ISA dimansuhkan," katanya.
Bersependapat dengan Md Shukri, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ISA masih relevan dalam konteks pencegahan terutama melibatkan pelbagai anasir negatif, yang berleluasa sehingga membawa kepada kerosakan negara.
ISA diperlukan untuk kawal negara
Katanya, keadaan menjadi sukar apabila terdapat pihak tertentu menggunakan media sosial termasuk mempunyai rangkaian antarabangsa yang sukar dikawal.
"Justeru, keperluan kepada undang-undang pencegahan seperti ISA amatlah diperlukan bagi mengawal negara daripada kumpulan yang cuba merosakkan keharmonian dan kestabilan negara.
"ISA sebetulnya amat sesuai untuk mencegah anasir subversif seperti komunis, ektremis agama serta ektremis politik. Undang-undang yang ada pada hari ini kurang berkesan sebagai mekanisme pencegahan kerana ia terpakai apabila seseorang itu ditangkap dan diambil tindakan sahaja sedangkan apabila sesuatu
berlaku, kemungkinan ia telah membawa kerosakan besar kepada negara," katanya.
Daripada satu aspek kebebasan bersuara, Jayum berkata keputusan kerajaan memansuhkan ISA merupakan satu tindakan tepat dalam memberi ruang demokrasi lebih luas kepada rakyat.
Beliau berpendapat setelah 57 tahun negara merdeka dan meneliti amalan demokrasi negara, rakyat merasakan diri mereka sudah cukup matang untuk berpolitik dalam suasana baharu selain faktor ISA yang sering disalahguna oleh pihak tertentu, menyumbang kepada desakan menuntut pemansuhan ISA.
"Pemansuhan ISA adalah satu kredit kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukti beliau mendengar suara dan tuntutan rakyat.
"Namun, mungkin apa yang tidak terbayang ketika itu (keputusan memansuhkan ISA) ialah kecekapan dan keberkesanan anggota keselamatan dalam menangani pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara akan terjejas apabila tiada ISA.
"Ini kerana pemansuhan dibuat secara tiba-tiba dan selama ini pihak keselamatan bergantung kepada akta ini. Apabila ISA tiada, mungkin persediaan untuk mengisi kekurangan itu memerlukan usaha giat dan sedikit masa," katanya.
Tambahnya, pihak keselamatan perlu diberi kuasa supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan dalam meningkatkan kepercayaan awam bahawa negara dalam keadaan selamat dan bebas daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab.
"Sekiranya kerajaan berhasrat memperkenalkan undang-undang seperti ISA rakyat perlu diyakinkan bahawa ia tidak akan menjadi senjata politik untuk mengekang mereka bersuara termasuk menutup suara lawan politik. Selain itu, jaminan semakan (review) perlu ada supaya undang-undang baharu itu dikendalikan
dengan penuh tanggungjawab," katanya.
Bernama
Sun Dec 07 2014

ISA dilihat masih relevan bagi menangani anasir-anasir subversif, sekali gus memastikan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara.
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal tangki
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

Tidak dibebani isu demonstrasi dan konflik, faktor penyumbang Malaysia negara ke-18 paling aman
Hubungan diplomatik dengan semua negara memastikan Malaysia berada di ranking keamanan yang baik di peringkat antarabangsa.

Rakyat mahu semua ahli politik bekerjasama ketika krisis - Penganalisis
Dalam keadaan krisis ini, rakyat mahu ahli politik keluar dari kepompong parti dan bekerjasama demi menyelesai masalah yang dihadapi.

Belanjawan 2021: Jawatankuasa Khas dibentuk jika persetujuan gagal dicapai - Penganalisis
Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan perkara yang terperinci di dalam setiap kementerian.

Muhammad Sanusi dijangka MB Kedah baharu?
Pimpinan Pas dan pimpinan Perikatan Nasional dipercayai bersetuju membawa nama Muhammad Sanusi untuk mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Segera rombak Kabinet, kata penganalisis politik
Ahmad Martadha berkata, rakyat mula menilai kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan manifesto semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pakatan Harapan tidak tergugat
Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, PRK Sungai Kandis dilihat tidak akan memberi kesan besar kepada kepimpinan Harapan baik di peringkat negeri mahu pun persekutuan.

Kerajaan disaran pertimbang cadangan kembalikan ISA, kata penganalisis
Kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.

Penahanan tanpa bicara perlu dalam Akta Antikeganasan
Walaubagaimanapun, kerajaan harus tetapkan tempoh maksimum setahun sahaja bagi penahanan tersebut untuk memberi ruang pihak berkuasa menyiasat dan mendapatkan bahan bukti.