Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
Fri Nov 22 2024
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Fri Nov 22 2024
Analisis Perdagangan Luar Negeri Malaysia Oktober 2024 bersama Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai
Sertai perbincangan mendalam mengenai prestasi perdagangan luar negeri Malaysia pada Oktober 2024 bersama Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Provost di Malaysia University of Science & Technology (MUST). Dalam sesi ini, kami akan membincangkan kesan penyusutan ringgit, faktor-faktor utama yang mempengaruhi imbangan perdagangan, serta implikasi kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS terhadap dasar perdagangan Malaysia. Kami juga akan melihat peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan inisiatif untuk mengukuhkan perdagangan intra-ASEAN. Jangan ketinggalan pandangan kritikal dan komprehensif ini melalui Google Meet.
Wed Nov 20 2024
Analisis KDNK Suku Ketiga 2024 Malaysia Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Saksikan analisis mendalam mengenai prestasi KDNK Malaysia pada suku ketiga 2024 bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Melalui Google Meet, Dr. Afzanizam akan membincangkan faktor utama yang mendorong pertumbuhan ekonomi, prestasi sektoral, trend perbelanjaan pengguna, iklim pelaburan, imbangan perdagangan, inflasi, dasar monetari, dan banyak lagi. Temui pandangan kritikal dan cadangan dasar untuk masa depan ekonomi Malaysia.
Mon Nov 18 2024
AWANI Global: CIIE 2024: Menuju perkongsian masa depan era baharu
Diskusi dan analisis pasca penyertaan Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2024 dan kepentingan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dalam Awani Global jam 9 malam ini.
Sun Nov 17 2024
Belanjawan 2025: ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dibentang
Analisis awal Belanjawan 2025: Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera bersama Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS, Dr Rafiq Idris.
Fri Nov 15 2024
[TERKINI] Luruan monsun minggu depan, hujan lebat, laut bergelora
Berdasarkan analisis model-model cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun berlaku pada 19 hingga 23 November ini. Keadaan ini berpotensi sebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan timur Sabah.
Fri Nov 15 2024
Pertumbuhan KDNK Malaysia Suku Ketiga 2024: Analisis dan Unjuran
Dalam video ini, kami membincangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 yang dijangka berkembang pada 5.3% tahun ke tahun. Pertumbuhan ini didorong oleh penggunaan domestik yang berterusan, peningkatan guna tenaga, dan pemulihan dalam perbelanjaan pelancong. Kami juga melihat risiko-risiko yang mungkin menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia. Tonton untuk mendapatkan analisis terperinci dan unjuran masa depan ekonomi Malaysia.
Fri Nov 15 2024
Prestasi mingguan FBM KLCI: Analisis Syed Muhammed Kifni
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman. Pada pukul 5 petang Khamis, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.82 mata untuk ditutup pada 1,600.68 daripada 1,611.50 ketika ditutup semalam. Bagaimanakah prestasi minggu ini bagi FBM KLCI? Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, Ketua Strategi MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi mingguan FBM KLCI, sektor yang mendahului dan mengalami kejatuhan, serta jangkaan hala pergerakan pasaran saham dalam masa terdekat. Beliau juga membincangkan bagaimana pengumuman KDNK suku ketiga mungkin mencorak pergerakan pasaran minggu depan.
Fri Nov 15 2024
Analisis Ekonomi: Unjuran KDNK Suku Ketiga 2024 oleh Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
Sertai Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dari UNIKL Business School dalam analisis mendalam mengenai unjuran KDNK suku ketiga 2024. Dalam sesi ini, beliau akan membincangkan trend pertumbuhan ekonomi, kesan terhadap dasar fiskal, pasaran pekerjaan, inflasi, pengaruh ekonomi luar, dan kemampanan ekonomi masa depan Malaysia. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai cabaran dan peluang ekonomi negara kita.
Thu Nov 14 2024
Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah dijangka tinggi minggu ini
Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan pengukuhan niaga hadapan minyak kacang soya yang menyokong harga lebih tinggi. Peniaga minyak sawit, David Ng, menyatakan bahawa sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh permintaan yang kukuh, dengan harga dijangka antara RM4,900 hingga RM5,180 setan metrik. Namun, peniaga kanan minyak sawit, Jim Teh, menjangkakan niaga hadapan MSM tidak menentu minggu ini dengan harga antara RM4,500 hingga RM4,700 setan metrik. November adalah bulan ledakan MSM, dengan harga hampir kepada RM5,000 setiap setan metrik. Ikuti perkembangan terkini mengenai pasaran niaga hadapan MSM dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Mon Nov 11 2024
Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding Dolar Amerika Syarikat minggu ini, memandangkan perbezaan kadar faedah yang memihak kepada Ringgit. Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah sepanjang tahun depan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan kebimbangan terhadap dasar Presiden dilantik Donald Trump tahun depan boleh mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati. Ikuti analisis penuh mengenai pergerakan Ringgit dan faktor-faktor ekonomi yang mempengaruhinya.
Mon Nov 11 2024
Impak kemenangan Trump 2.0 terhadap pasaran saham, ekonomi Malaysia
Selepas pengumuman kemenangan Donald Trump pada Rabu lepas, pasaran saham global menyaksikan lonjakan ketara, dengan pasaran Amerika Syarikat mencatatkan kenaikan mingguan terkuat tahun ini. Namun, bagi Malaysia, “Trump 2.0” mungkin membawa impak lebih mendalam daripada sekadar momentum pasaran global. Fokus pentadbirannya terhadap deregulasi perdagangan dan perbelanjaan infrastruktur berpotensi mencipta kesan limpahan yang memperkukuh pelaburan asing dalam pasaran sedang membangun, termasuk Malaysia. Ikuti wawancara bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk memahami lebih lanjut.
Mon Nov 11 2024
AWANI Global: Lawatan PM ke China promosikan keseimbangan global
Ikuti temubual ekskulsif Editor Kanan, Nazri Kahar bersama Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri di Shanghai, China dan analisis kunjungan terbaru Perdana Menteri ke China sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi penting BRICS dalam AWANI Global 9.00 malam ini.
Sun Nov 10 2024
Lebih 70 peratus korban perang Gaza adalah wanita, kanak-kanak
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) mengecam jumlah tinggi orang awam yang terkorban dalam perang di Gaza, menegaskan analisisnya menunjukkan hampir 70 peratus daripada mangsa yang disahkan dalam tempoh enam bulan adalah wanita dan kanak-kanak.
Sat Nov 09 2024