Kerajaan disaran memanggil satu sidang meja bulat untuk membincangkan isu berkaitan kanak-kanak.
Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan dan Pemikiran Kreatif (Pewangi) berpendapat beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanak-kanak, pakar kanak-kanak dan tokoh-tokoh akademik serta beberapa pihak lain boleh dijemput menyertai sidang meja bulat tersebut.
Presiden Pewangi, Datin Nabilah Sanusi berkata isu berkaitan kanak-kanak boleh dibincangkan antaranya tentang masalah peningkatan kes anak tidak sah taraf.
“Selain itu isu-isu penderaan kanak-kanak dan masalah pusat jagaan anak-anak juga boleh dibincangkan dalam sidang meja bulat tersebut.
“Pewangi berharap sidang meja bulat itu dapat memberikan satu penyelesaian lebih konkrit dan praktikal kepada kerajaan untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Nabilah berkata Pewangi menyambut baik kenyataan oleh Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh tentang penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan melapor dan membuat cadangan kepada parlimen.
Pada Khamis, Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji untuk menubuhkan suruhanjaya kanak-kanak atau badan bebas kanak yang melapor dan membuat cadangan kepada parlimen.
Ia susulan kematian adik Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif di rumah pengasuhnya di Batu Caves pada Selasa.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jul 06 2018
NABILAH: Pewangi berharap sidang meja bulat itu dapat memberikan satu penyelesaian lebih konkrit dan praktikal kepada kerajaan untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
Tiada bukti Hannah mahu jadikan Malaysia negara Kristian - Musa Hassan
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah
Hannah berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung kepimpinannya di KBS dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Kementerian Belia dan Sukan bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara.
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjadikan kemudahan sukan lebih mudah diakses oleh orang ramai.