KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu beri tumpuan kepada lokasi yang sepatutnya dibangunkan sebagai stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Jelas Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong, ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.
“Walaupun kita lihat pada awalnya, ada antara beberapa buah bandar di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai stesen HSR tersebut iaitu di Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh malah di Iskandar Puteri, Johor sampai menghubungkan kepada republik Singapura.
“Saya rasa mungkin orang kata pemilik tanah ataupun pemilik perniagaan yang terletak di kawasan ini mungkin berasa sedikit kecewa.
“Ini kerana, mereka sudah menjangkakan pada masa depan akan mendapat pulangan daripada bisnes yang akan rancak berlangsung di kawasan tersebut.
“Jadi, saya nampak mungkin sudah ada perancangan di kedua-dua belah pihak yang melibatkan business to business (urusan perniagaan ke perniagaan).
Tambahnya, kerajaan juga mungkin perlu memberikan tumpuan dalam membantu usahawan yang telah melakukan perancangan.
“Itu adalah salah satu perkara yang kita kena lihat, mungkin dalam masa satu tahun atau setengah tahun akan datang, mungkin projek ini akan dibangkitkan semula, kita tidak tahu.
“Bagaimanapun, pihak kerajaan harus memberikan pemantauan kepada beberapa lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembangunan stesen tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, beliau berpendapat hubungan perniagaan antara Malaysia-Singapura kekal utuh meskipun projek HSR itu tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
“Saya merasakan walaupun projek itu terbatal selepas penangguhan dipersetujui kedua-dua pihak, tetapi pada pendapat saya, ia tidak sama sekali menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
“Pertama sekali, kita kena faham bahawa perniagaan kedua-dua hala adalah kebanyakannya orang bisnes bersama orang bisnes.
“Tambahan, projek ini walaupun telah dibincangkan sejak empat tahun yang lalu, pada 2016 tetapi tidak memberi impak yang amat langsung kepada para peniaga khususnya kepada syarikat gergasi ataupun syarikat sederhana besar.
“Jadi saya rasa di peringkat perniagaan ke perniagaan, saya tidak menampakkan impak yang amat ketara sekali,” ujarnya lagi.
Faris Danial Razi
Fri Jan 01 2021
Kerajaan perlu beri tumpuan kepada lokasi yang sepatutnya dibangunkan sebagai stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong. -Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan PN mahu pilih vendor projek HSR secara langsung tanpa penglibatan Singapura - Najib
Perikatan Nasional (PN) mahu kemampuan memilih secara langsung vendor untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) tanpa sebarang penglibatan Singapura, kata Datuk Seri Naji
HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal sistem projek HSR.
Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek
Ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.