KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang untuk mewujudkan dana khas bantuan mangsa COVID-19 bagi memastikan kelangsungan hidup dan jaminan pendidikan anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.
Senator Dr Yaakob Sapari berkata selain itu, peluang pekerjaan juga mungkin boleh ditawarkan kepada sebahagian daripada anak-anak yatim itu.
"Sehingga semalam, jumlah angka kematian akibat COVID-19 mencecah 26,565 kes, ini satu jumlah yang besar yang telah memisahkan keluarga tersayang termasuk ada yang menjadi anak yatim piatu.
"Apakah jaminan kerajaan untuk bela anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 ini?
"Justeru saya cadangkan untuk mewujudkan dana khas bantuan mangsa COVID-19 ini untuk pelajaran, kehidupan atau beri peluang pekerjaan kepada sebahagian daripada mereka ini (anak yatim)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.
Yaakob berkata dana itu perlulah berbentuk satu dana jangka panjang dan bukannya jangka pendek.
Sementara itu, Senator Fadhlina Sidek berkata peningkatan kanak-kanak yang menjadi yatim dan yatim piatu berikutan kematian ibu bapa akibat COVID-19 juga memerlukan perhatian dan dasar yang lebih spesifik khususnya dalam aspek kaunseling trauma dan kebajikan.
"Pandemik juga menyaksikan peningkatan keganasan berasaskan gender khususnya keganasan rumah tangga dan gangguan seksual serta isu kesihatan mental yang telah meragut banyak aspek kesejahteraan rakyat.
"Dalam sudut lain, komitmen kita harus tegar untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang berkaitan pendakwaan bagi kes percubaan membunuh diri agar selari dengan unjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang menekankan pemulihan, rawatan dan intervensi dalam isu kesihatan mental," katanya.
Beliau berkata semua impak pandemik yang dinyatakan adalah penting dan menjadi tamparan hebat kepada pembikinan polisi kesihatan awam, dasar keselamatan negara dalam menangani wabak serta dasar-dasar yang terkait dengan pentadbiran negara terutama dalam aspek kesejahteraan dan perlindungan sosial kepada rakyat.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021

Kerajaan dicadang untuk mewujudkan dana khas bantuan mangsa COVID-19 bagi memastikan kelangsungan hidup dan jaminan pendidikan anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. -Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kerajaan dicadang wujud dana khas untuk anak-anak hilang ibu bapa akibat COVID-19
Peluang pekerjaan juga mungkin boleh ditawarkan kepada sebahagian daripada anak-anak yatim itu.

Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.

Saya tetap sokong Wan Azizah jadi MB Selangor - Yaakob Sapari
Yaakob menegaskan tidak ada mana-mana pihak datang berbincang dengan beliau untuk dicalonkan sebagai menteri bear Selangor yang baharu.