PASIR SALAK: Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat 'ikat perut' dalam isu kenaikan harga barang, sebaliknya akan mencari jalan bagi menyelesaikannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Kerajaan dahulu... rakyat kena ikat perut, tapi (kerajaan sekarang) kita cari kaedah agar rakyat tidak dibebani. Tidak pernah dalam sejarah kita bagi subsidi agar harga tidak naik.
"Kita subsidikan harga sebanyak RM77.7 bilion iaitu ayam, bahan api, elektrik, telur, minyak masak dan air. Kita ambil tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan," katanya dalam ucapan penutupan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perak 2022 di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah hari ini.
Minggu lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dilaporkan berkata, unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion setakat ini bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.
Menurutnya, unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang akan memberikan bantuan sama ada dari segi material mahupun sokongan dalam menyuburkan semangat perpaduan, menyuntik nafas segar dalam kesatuan, mencari titik persamaan dalam kepelbagaian.
"Malah kerajaan hari ini akan terus konsisten memberikan tumpuan kepada program serta inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia. Ini dilakukan bagi memastikan tidak ada yang ketinggalan," jelasnya.
Beliau turut membidas segelintir pihak yang menuduh kononnya kerajaan berpeluk tubuh dan tidak mengambil tindakan berkaitan isu peningkatan kos sara hidup.
"Kerajaan sedar banyak harga barangan meningkat. Saya sendiri membuat tinjauan rambang ke premis-premis perniagaan, ke pasar raya dan sebagainya untuk melihat sendiri dari segi fenomena kenaikan harga barang ini," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai pembangunan dan kemajuan di negeri Perak, Ismail Sabri berkata, beliau gembira dan berpuas hati dengan pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan dengan baik.
"Saya gembira apabila kerajaan negeri memantapkan industri pelancongannya dengan menjenamakan Pangkor sebagai destinasi pelancongan marin nautika melalui Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22).
"Selain itu terdapat 93 projek baharu dan sambungan, bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan di Perak," katanya.
Ismail Sabri berkata, Kementerian Sumber Manusia pula melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial kini membangunkan Pusat Rehabilitasi Neuro Robotik dan Cybernetics Kebangsaan di Bandar Meru Raya yang melibatkan kos RM654 juta, menjadi satu-satunya negeri menawarkan kemudahan robotik ini.
Di bawah Pelan Pemulihan Nasional pula, menurutnya, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) turut melaksanakan beberapa program di Perak yang menawarkan 56,642 peluang pekerjaan, manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula menyediakan peruntukan RM1.77 bilion bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di negeri ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat 'ikat perut' dalam isu kenaikan harga barang, sebaliknya akan mencari jalan bagi menyelesaikannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Pengalaman ikat perut di KL, dorong peniaga perkenal nasi bajet sejak 2010
Zaidi Sabani memperkenalkan nasi bajet serendah RM5 pada 2010, bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Kerajaan cari jalan, tidak akan biar rakyat 'ikat perut' - Perdana Menteri
Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak hanya berpeluk tubuh.
#BenderaPutih: 5 beranak enam bulan ikat perut terima bantuan perumahan
Mereka sebelum ini terpaksa hidup berhimpit kerana hanya mampu menyewa sebuah bilik di Jalan Munshi Abdullah, dengan kadar RM350 sebulan.
#BenderaPutih: Bapa tunggal hanya fikirkan perut tiga orang anaknya
Jika dahulu Yaakob Montel mampu meraih pendapatan sehingga RM150 sehari dengan menyewa lori miliknya, namun kini, semuanya terhenti.
'Terima kasih sudi tolong kami'
Suganthi berkata dia menerima berpuluh panggilan yang menyatakan kesudian untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan demi kelangsungan hidup bersama anak perempuannya.
Nauraj Singh melabur duit poket RM50,000 demi kejayaan di Eropah
Terpaksa mengikat perut, tetapi ia tidak menghalang Nauraj meraih gelaran di Hungary dan Republik Czech sejak dua minggu lalu.