MELAKA: Hikmah di sebalik mengantung bendera putih berikutan keadaan yang mendesak, akhirnya memberi sinar baharu kepada keluarga Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42.
Dia dan isteri Erala Ismail, 45, bersama tiga anaknya sebelum ini, terpaksa hidup berhimpit kerana hanya mampu menyewa sebuah bilik di Jalan Munshi Abdullah, dengan kadar RM350 sebulan.
Katanya dia tidak menyangka tindakannya menggantung bendera putih pada Selasa lepas di luar tempat tinggal mereka, mendapat perhatian ramai pihak termasuk kerajaan negeri, Ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.
"Alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana bantuan tidak putus-putus selepas itu, dan kami turut diberi bantuan rumah sewa dua bilik di Rumah Pangsa Kampung Padang, di bawah Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
"Pastinya ia memberi satu kegembiraan yang bermakna seperti Allah makbulkan doa kami, dan kelegaan kerana tidak perlu lagi bimbang dengan keselamatan anak-anak di rumah baharu, yang lebih selesa dan luas," katanya dilaporkan Bernama di sini hari ini.
BACA: #BenderaPutih: Talian hayat terakhir buat lima beranak selepas enam bulan ikat perut
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
Syed Sidiq berkata, dengan menjalani kehidupan baharu bersama keluarganya di kediaman itu, turut menyuntik semangatnya untuk mencari kerja baharu, selepas diberhentikan sebagai pembantu kedai di sebuah medan selera sejak enam bulan lalu.
"Saya mahu ubah kehidupan agar lebih baik, dan berikan keselesaan kepada isteri dan anak-anak, supaya mereka tidak lagi merasa kesusahan," katanya.
Sebelum ini tular di laman sosial, tindakan suami isteri itu menggantung bendera putih di luar tingkap bilik yang mendedahkan kesusahan lima beranak, yang mendiami sebuah bilik kecil.
Disebabkan terdesak dan terputus bekalan makanan, mereka akhirnya tekad dengan tindakan tersebut selepas melihat kempen itu di laman Facebook, kerana mengenang anak-anak yang terpaksa menahan kelaparan.
BACA: PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Astro Awani
Sat Jul 03 2021
Syed Sidiq dan Erala tidak menyangka tindakan menggantung bendera putih pada Selasa, di luar tempat tinggal mereka, mendapat perhatian ramai. - Gambar fail/ Astro AWANI
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
#BenderaPutih: Segera adu masalah kepada pihak berwajib - MB Perak
Menteri Besar Perak tegaskan, jentera bantuan di lapangan sudah digerakkan khusus membantu orang ramai yang memerlukan pertolongan.