Kerajaan bercadang memperkenalkan dua kadar tarif elektrik menerusi mekanisme Masa Penggunaan (eTOU) di sektor perindustrian di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Menerusinya, tarif elektrik dicadang dikekalkan pada waktu siang manakala kadarnya dikurangkan pada sebelah malam, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Nadzri Yahaya.
Buat permulaan, ia akan dilaksanakan di sektor perindustrian berikutan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi sebelum diperluaskan kepada kesemua pengguna.
Menurutnya, ini juga bagi membolehkan pihak perindustrian menggunakan tenaga secara cekap pada waktu malam berbanding siang selain mampu mengurangkan bil elektrik mereka.
"Kajian mengenai mekanisme itu masih dilakukan tetapi konsepnya sama seperti di Jepun iaitu kita merancang mengekalkan tarif elektrik pada waktu siang dan menurunkan kadar itu pada waktu malam.
"Di Jepun, para penggunanya lebih memahami mekanisme itu sama ada waktu malam atau siang. Ini membolehkan mereka memanfaatkannya untuk melakukan kegiatan seharian atau pun bagi keperluan industri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Celik Tenaga ExxonMobil, di sini, hari ini.
Nadzri berkata, kerajaan juga memerlukan masa bagi pelaksanaan mekanisme berkenaan.
"Jika kajian itu berjaya, mekanisme itu akan dilaksanakan di Melaka dan Putrajaya yang memiliki infrastruktur berkaitan.
"Ini kerana meter pintar perlu dipasang bagi penggunaan eTOU dan projek perintis itu kini dijalankan di Melaka dan Putrajaya," katanya.
Pada November 2014, Tenaga Nasional Bhd berkata ia menimbang untuk melaksanakannya di seluruh negara pada 2016 jika projek perintis penggunaan meter pintar itu terbukti berjaya.
Nadzri berkata, kerajaan telah mengambil cabaran besar bagi memastikan aspek penghasilan tenaga dan penggunaannya secara berkesan serta cekap.
"Bagaimanapun, kita tidak mahu berhenti setakat itu sebaliknya mahu terus maju dan menghasilkan inisiatif lebih inovatif demi kelestarian tenaga, khususnya sektor penjanaan tenaga," katanya.
Bernama
Tue Apr 14 2015
Tenaga Nasional Bhd berkata ia menimbang untuk melaksanakannya di seluruh negara pada 2016 jika projek perintis penggunaan meter pintar itu terbukti berjaya. -Gambar hiasan
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
Kerajaan cadang perkenal dua tarif elektrik menerusi mekanisme eTOU
Tarif elektrik dicadang dikekalkan pada waktu siang manakala kadarnya dikurangkan pada sebelah malam.