KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang melaksanakan tidal flow di Lebuhraya Sungai Besi-Seremban bermula dari Persimpangan Astro ke jarak 200 meter sebelum Terowong SMART pada November ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagaimanapun, kajian lanjut akan dilaksana oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk meneliti pelaksanaannya.
"Kerajaan akan melaksanakan kajian secara dalam talian untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan tidal flow di Lembah Klang dan dibentang dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya kelak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Beliau berkata perkara itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya Bilangan 2/2023, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Loke juga berkata tiga lorong bas baharu sekitar ibu negara akan disediakan dan dijangka mula dilaksanakan November ini melibatkan Jalan Cheras-Loke Yew dengan jarak 11.5 kilometer (km), Jalan Kuching (5.7km) serta Jalan Genting Klang (8.7km).
"Kita juga akan menambah baik dan memperluas pelaksanaan laluan khas bas sedia ada iaitu di Jalan Ampang mulai 16 Okt ini," katanya.
Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan untuk menaik taraf 356 bus pole kepada hentian bas berbumbung yang akan dilaksana secara berperingkat dengan kerjasama antara pihaknya, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Prasarana.
Loke berkata mesyuarat turut bersetuju melaksanakan pembinaan laluan pejalan kaki baharu di 36 lokasi yang telah dikenal pasti yang juga akan dilaksana secara berperingkat.
Katanya mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan penggabungan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya menjadi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Kerajaan akan melaksanakan kajian secara dalam talian untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pelaksanaan tidal flow di Lembah Klang. - Gambar hiasan
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Kerajaan cadang laksana tidal flow di Lebuhraya Sungai Besi-Seremban bermula Nov ini
Kajian lanjut akan dilaksana DBKL, PDRM dan Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk meneliti pelaksanaannya.