KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendirian 'buta warna' atau tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini terbukti apabila kerajaan membuka peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum di negara ini menjalani latihan berkaitan TVET di China.
"(Kerajaan) telah dapat sediakan 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke China dengan biasiswa sepenuhnya. Kerajaan atau organisasi hanya perlu bayar tiket penerbangan sahaja.
"Dengan tawaran begitu, saya telah membuka peluang ini (termasuk) tempat untuk pelajar keturunan Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan daripada negara China," katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu mengenai kuota pertama yang ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).
Pada 30 Mei lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi 'game changer' atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 98.5 peratus pelajar TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu agensi dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berjaya memperoleh pekerjaan.
Bagaimanapun beliau berkata ia tidak bermakna baki 1.5 peratus daripada pelajar itu tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu diploma, ijazah dan juga sarjana.
"... kita harus lihat kursus yang ditawarkan itu mesti bersesuaian dengan permintaan kepada pasaran guna tenaga. Kita mahu kursus yang ditawarkan itu adalah kursus yang ditentukan keperluannya oleh penggiat industri agar mereka ini terus dapat bekerja di syarikat berkenaan.
"Apa yang kerajaan lakukan sekarang ini ialah, penggiat industri atau syarikat itu terus menandatangani MoA (Memorandum Perjanjian) dengan institusi TVET. Jadi pelajar yang bakal tamat dalam sesuatu kursus itu akan terus bekerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Ahmad Zahid ketika sesi soal jawab Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Dua Penggal Ke Tiga Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen hari ini.- Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan "buta warna" dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan mengambil pendirian 'buta warna' dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus TVET di negara ini.