Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan para ulama dan cendekiawan Islam termasuk pentadbir agama Islam dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas mengenai hal ehwal Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Saya bagi jaminan kepada rakyat bahawa pentadbiran Islam betul-betul diberikan satu input yang baik melalui satu badan yang bebas supaya tidak dilihat mempunyai kepentingan politik.
"Raja-Raja Melayu dan pihak istana akan menyokong usaha baik ini kerana mereka merupakan pelindung kepada agama Islam bahkan Majlis Raja-Raja mahu melihat pentadbiran Islam lebih baik dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH)," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Parit dan ADUN Titi Serong di Dataran Kerian Permai di sini, pada Sabtu.
Mujahid yang juga wakil rakyat Parlimen Parit Buntar turut memberi jaminan Jakim tidak akan dibubar sebaliknya akan ditambah baik.
BACA: Siapa kata kajian semula Jakim untuk mansuhkannya? - Pengarah IPDM
Sementara itu, Mujahid meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan viral kononnya kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota haji kerana kerajaan Malaysia mahu menarik balik tentera Malaysia yang beroperasi di bawah gabungan yang diterajui Arab Saudi dalam peperangan di Yaman.
"Hubungan kita dengan Arab Saudi amat baik kerana mereka sentiasa menjadikan Malaysia keutamaan berbanding negara lain," katanya.
BACA: Tiada pengurangan kuota jemaah haji Malaysia
Mengulas perkembangan lain, Mujahid menafikan sekeras-kerasnya pihaknya cuba mengiktiraf kewujudan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) di negara ini apabila dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak akan mengambil tindakan terhadap golongan itu.
"Sebagai rakyat Malaysia, dari sudut hak asasi manusia, hak mereka tidak disakiti dan mendapat keadilan sudah tentu akan dijamin berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Malaysia iaitu setiap warganegara wajib mendapat keadilan tanpa menerima sebarang diskriminasi," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
![Kerajaan bertemu ulama, cendekiawan untuk mantapkan Islam Kerajaan bertemu ulama, cendekiawan untuk mantapkan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437792811_MUJAHIDRAWAYUSOF.jpg)
MUJAHID: Jakim tidak akan dibubar sebaliknya akan ditambah baik.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608033382_UngkuAbdulAziz.jpg)
Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
Jika ingin dibicarakan soal jasa dan sumbangan Allahyarham kepada pembangunan sosio negara, barangkali berkajang-kajang kertas pun tidak cukup.
![Dr Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama' al-Muslimin Dr Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama' al-Muslimin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597766757_TBDewanNegarajpg.jpg)
Dr Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama' al-Muslimin
Pelantikan Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama berterusan dengan ahli Majlis Hukama' Al-Muslimin lain dapat memperkukuh keamanan sejagat masyarakat antarabangsa.
![Arab Saudi tangkap Sheikh Al-Hawali - laporan Arab Saudi tangkap Sheikh Al-Hawali - laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531535818_TBSHEIKHALHAWALI.jpg)
Arab Saudi tangkap Sheikh Al-Hawali - laporan
Tangkapan Sheikh Al-Hawali dilaporkan dibuat beberapa hari selepas beliau menerbitkan buku berjudul Muslim dan Peradaban Barat yang mengkritik keluarga diraja Arab Saudi dan Putera Mahkota Abu Dhabi.
![Kerajaan bertemu ulama, cendekiawan untuk mantapkan Islam Kerajaan bertemu ulama, cendekiawan untuk mantapkan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437792811_MUJAHIDRAWAYUSOF.jpg)
Kerajaan bertemu ulama, cendekiawan untuk mantapkan Islam
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).