Kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik dengan kerajaan China menerusi bidang pendidikan pada masa depan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata pelbagai inisiatif telah dirancang untuk menjayakan hasrat itu hasil lawatan kerjanya ke negara berkenaan pada September lepas.
"Saya ke Beijing dan bertemu dengan Timbalan Menteri Pendidikan China, Zheng Fuzhi. Kami membincangkan mengenai kerjasama (yang boleh dijalin) antara kedua-dua kementerian selain menandatangani memorandum persefahaman dengan Confucius Institute Headquarters (Hanban) berkaitan biasiswa.
"Kami berharap segala perbincangan semasa lawatan kerja itu akan mendapat sokongan daripada kerajaan China," katanya semasa berucap pada majlis makan malam China Cultural Day 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam tadi.
Majlis makan malam itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.
Turut hadir, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim.
Tambah Teo, sejak tahun 2015, Malaysia menjadi tarikan kepada pelajar dari China untuk melanjutkan pengajian dan sehingga Oktober lepas, seramai 16,503 pelajar negara tersebut menuntut dalam pelbagai bidang di sini.
Justeru kata Teo, bagi mencapai hasrat tersebut, institusi pendidikan di Malaysia perlu meneliti semula kos pengajian yang ditawarkan bagi menarik lebih ramai pelajar dari China untuk menuntut ilmu di negara ini.
Katanya lagi, lawatan kerjanya ke negara itu diharap dapat menjadi nilai tambah kepada keyakinan Malaysia untuk menjadi antara destinasi pilihan berkaitan pendidikan seterusnya menjadi hab pendidikan di rantau Asia pada masa depan.
Pada majlis itu, Bai Tian menyerahkan replika cek bernilai RM410,000 kepada Mohd Azraai untuk membiayai kos peralatan kelas dan bilik mesyuarat pintar di UiTM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Teo Nie Ching (dua, kiri) menyaksikan penyerahan sumbangan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian (dua, kanan) kepada Naib Canselor UiTM pada di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. - Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.