KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membayar tuntutan skim perlindungan takaful percuma MySalam berjumlah RM936.12 juta bagi tempoh 2019 hingga Disember 2023.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata tuntutan itu melibatkan 1.27 juta penerima manfaat merangkumi individu B40 serta pasangan berumur 18 hingga 65 tahun yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau berkata bayaran itu melibatkan tuntutan manfaat hospitalisasi, penyakit kritikal, pesakit di bawah siasatan, COVID-19 dan tuntutan kos peranti perubatan.
Pembayaran tuntutan paling tinggi sebanyak RM382 juta dibuat pada 2022, yang memberi manfaat kepada 650,000 penerima, diikuti pada 2021 dengan tuntutan RM246.72 juta melibatkan 365,000 penerima, katanya di persidangan Dewan Negara, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Dr Lingeshwaran R Arunasalam mengenai jumlah pampasan yang dibayar kerajaan.
Lim berkata dianggarkan lebih 10.92 juta rakyat Malaysia terdiri daripada golongan B40 layak menerima manfaat daripada skim MySalam tahun ini.
"Selangor mencatatkan jumlah penerima layak paling tinggi iaitu 1.48 juta diikuti Johor sebanyak 1.34 juta dan Sarawak dengan 1.13 juta, manakala bilangan penerima layak bagi Kelantan ialah 825,000 orang," katanya.
Selain itu, beliau berkata bilangan pembayar cukai yang menuntut potongan cukai bagi premium insurans nyawa untuk tempoh lima tahun mulai tahun taksiran 2019 sehingga 2023 secara purata ialah 2.14 juta setahun.
Potongan itu memberi penjimatan bayaran cukai sebanyak RM635 juta setahun, katanya.
Beliau berkata purata pembayar cukai yang menuntut potongan cukai bagi premium insurans pendidikan dan perubatan untuk tempoh yang sama ialah dua juta setahun, dengan memberi penjimatan cukai berjumlah RM611 juta setahun.
Lim berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengenai jumlah individu yang telah menikmati potongan cukai bagi insurans perubatan dan nyawa dalam tempoh lima tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Lim berkata bayaran itu melibatkan tuntutan manfaat hospitalisasi, penyakit kritikal, pesakit di bawah siasatan, COVID-19 dan tuntutan kos peranti perubatan. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Kerajaan bayar tuntutan skim MySalam RM936.12 juta - MoF
Kerajaan telah membayar tuntutan skim perlindungan takaful percuma MySalam berjumlah RM936.12 juta bagi tempoh 2019 hingga Disember 2023.

63,000 pesakit seluruh Malaysia terima bantuan TBP
Bantuan TBP disediakan kepada pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian peralatan rehabilitasi atau ubat-ubatan.