KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan sebahagian daripada butiran terperinci mengenai peruntukan pelaburan bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dalam pengumuman Bajet 2024, yang dijadualkan pada 13 Okt depan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata hampir 10 peratus daripada peruntukan itu adalah daripada perbelanjaan pembangunan kerajaan.
"Butiran terperinci (pelaburan), separuh daripadanya akan diumumkan dalam Belanjawan 2024 manakala separuh daripadanya sudah ada atau telah diperuntukkan sebelum ini. Kami akan jelaskan butiran terperincinya dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas pelancaran NIMP 2030, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan NIMP 2030.
Beliau berkata NIMP 2030 akan memerlukan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tujuh tahun pelaksanaannya, terutamanya daripada sektor swasta, yang disalurkan daripada ekuiti swasta, modal dan pasaran kewangan.
Hampir 10 peratus akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu memangkin dan memberi insentif kepada pelaburan ini menerusi Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP, kata Anwar.
Tengku Zafrul berkata, perumusan NIMP 2030 melibatkan pelbagai sesi perundingan dan perbincangan dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang termasuk pelbagai pemegang kepentingan seperti sektor swasta.
"Ia sangat dipacu secara komersial, dan seperti yang anda tahu sektor swasta akan melihat kepada daya maju pelaburan tersebut, justeru pendekatan berasaskan misi ini juga melihat kepada pulangan kepada sektor swasta. Kita perlu memastikan bahawa ia berdaya maju secara komersial dan juga menjadikannya inklusif," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia sedang menimbang pendekatan yang lebih liberal untuk menarik pelaburan baharu, Tengku Zafrul menegaskan Malaysia komited untuk berbuat demikian selagi ia memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi dan rakyat.
Dari segi dasar, beliau berkata, kerajaan bersedia untuk melihat kepada dasar yang progresif, yang akan menghasilkan kesan limpahan positif kepada syarikat tempatan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Apabila kita menggubal dasar, terutamanya di MITI, apa yang kita mahu lihat ialah ia dapat memberi manfaat kepada syarikat tempatan, terutamanya PKS dari segi rantaian bekalan.
"Sama seperti dalam NIMP kita berharap dapat meningkatkan status PKS kita supaya mereka boleh menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kita kini menyasar untuk meningkatkan lagi isi rumah daripada tahap yang ada sekarang," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
![Kerajaan akan umum butiran terperinci pelaburan bagi NIMP 2030 dalam Belanjawan 2024 - Tengku Zafrul Kerajaan akan umum butiran terperinci pelaburan bagi NIMP 2030 dalam Belanjawan 2024 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693554686_NIMP.jpg)
Tengku Zafrul bercakap kepada pemberita selepas pelancaran NIMP 2030, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350205_TBMadani.jpg)
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
![1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini 1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720353771_AdlyZahari.jpg)
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Tiba masa Malaysia jadi peneraju sektor peralihan tenaga - Rafizi Tiba masa Malaysia jadi peneraju sektor peralihan tenaga - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678782281_TBRAFIZIjpg.jpg)
Tiba masa Malaysia jadi peneraju sektor peralihan tenaga - Rafizi
Negara akan melancarkan pelan induk perindustrian baharu pada Ogos dan semakan semula perancangan lima tahunnya pada September.