KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan pembangunan seimbang dilaksanakan merentasi wilayah dan negeri di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan menumpukan usaha mengurangkan kesenjangan pembangunan antara wilayah supaya masyarakat dapat menikmati pembangunan secara saksama.
Beliau berkata ini berlandaskan Wawasan Kemakmuran Bersama dan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.
"Melalui RMKe-12 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan (27 Sept), kerajaan akan melaksanakan strategi pembangunan yang komprehensif bagi merancakkan pembangunan sosio ekonomi di negeri-negeri kurang membangun.
"Malah RMKe-12 mempunyai bab khusus mengenai pembangunan Sabah dan Sarawak bagi memperincikan strategi, merancakkan ekonomi di negeri kurang maju," katanya ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Khamis.
Mustapa berkata dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas, Lembah Klang menyumbang sebanyak 39.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional, iaitu 15.7 peratus lebih tinggi daripada kadar sumbangan enam negeri yang kurang membangun iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Ini memberi dimensi betapa seriusnya masalah ini (ketidakseimbangan pembangunan)," katanya.
Beliau berkata pembangunan ekonomi di enam negeri termiskin akan terus diberi perhatian oleh kerajaan bagi menangani jurang pendapatan antara wilayah dan negeri serta bandar dan luar bandar.
Kerajaan turut komited untuk membasmi kemiskinan, iaitu antara agenda utama pembangunan negara, katanya.
Beliau berkata kerajaan akan mempergiatkan usaha menangani kemiskinan menerusi pendekatan keseluruhan negara antaranya menyediakan program peningkatan pendapatan dan keupayaan di bandar dan luar bandar serta menggalakkan keusahawan dan akses kepada pembiayaan kewangan.
"Kerajaan juga akan memudah cara akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan, meningkatkan kualiti hidup miskin bandar terutama di Program Perumahan Rakyat (PPR) di samping melaksanakan program daripada peringkat akar umbi berasaskan komuniti," katanya.
Mustapa berkata untuk menambah baik penyampaian bantuan golongan sasar, Sistem eKasih akan diperkukuh bagi mengenal pasti, melaksanakan dan memantau program pembasmian kemiskinan selain meningkatkan ketelusan dan ketepatan data.
Dasar berasaskan bukti akan memudah cara proses mengenal pasti kumpulan sasar dan membangunkan profil isi rumah miskin supaya setiap rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan bermakna, katanya.
"Selain itu, pangkalan data berkaitan pembasmian kemiskinan dan bantuan sosial akan disepadukan melalui pembangunan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS).
"PDPS ini dijangka disiapkan dalam tempoh sehingga du bulan," katanya.
PDPS merupakan pangkalan data penerima bantuan yang lebih bersepadu, merentasi kementerian dan agensi untuk membantu kerajaan dalam menggubal dasar strategik dan meningkatkan keberkesanan serta penyampaian program sosial yang dirancang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli ketika menggulung sesi menjawab soalan pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - BERNAMA
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Pertumbuhan positif, PMKS beralih ke tahap lebih tinggi - Ewon
Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia mula beralih ke tahap lebih tinggi apabila data pertumbuhan menunjukkan perkembangan positif.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.
Kerajaan perlu susun semula ekonomi bermula dengan RMK-12
Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyusunan semula ekonomi yang dimulakan dengan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut MARC Rating Corp Bhd.
2,053 hektar tanaman durian Musang King di Sabah sehingga tahun lepas
Industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025.
Lebih banyak rumah mampu milik dibina menerusi platform HOPE - PM
HOPE bukan sahaja platform dalam mempromosikan perumahan malah ia juga bertujuan melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.
RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.
Raih potensi industri lokaliti ke arah pertumbuhan mampan 2025 - Penganalisis
potensi pembangunan negeri khususnya di luar bandar harus dimaksimumkan sepenuhnya bagi meningkatkan taraf ekonomi di Malaysia.