PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengenal pasti kaedah bersesuaian untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan terutama sawit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurutnya, pada masa ini terdapat dua kaedah jangka pendek yang dianggap sesuai iaitu memperhebat Program Rekalibrasi Tenaga Kerja atau membawa masuk tenaga buruh asing baharu.
Tegasnya, selaku menteri yang membantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hal berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang turut terkesan, beliau sekali lagi telah membangkitkan masalah itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (10 Sept) lepas.
Malah, beliau akan berbincang dengan pihak berkaitan seperti wakil industri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan mengenai kaedah penyelesaian jangka pendek yang sewajarnya.
"Saya harap dalam dua ke tiga minggu ini kita akan dapat selesaikan (masalah tenaga buruh)... kalau tidak industri sawit akan menghadapi masalah yang besar.
"Masalah ini bukannya mudah diatasi tetapi (pada masa sama) kita perlu pastikan ia dapat diselesaikan dalam tempoh itu," katanya kepada media selepas Majlis Program Pemberian Bakul Makanan di sini, semalam.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada 250 penerima yang merangkumi pekerja ekonomi gig dan bekas petugas media yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Sumbangan itu diberikan oleh syarikat platform e-hailing, MyCar dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCar Mohd Noah Maideen turut hadir pada acara berkenaan.
Mustapa mengulas laporan akhbar mengenai industri sawit yang berisiko kehilangan pendapatan sehingga RM20 bilion setahun akibat kekurangan tenaga kerja yang kritikal sejak penularan COVID-19.
Sektor perladangan sawit juga dilaporkan berdepan masalah kekurangan pekerja terutama di bahagian penuaian dengan anggaran 75,000 kekosongan jawatan belum diisi ketika ini.
Mengulas selanjutnya, Mustapa berkata kerajaan sudah memperkenalkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang memberi peluang kepada majikan sektor perladangan, pertanian, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi menampung kekurangan tenaga kerja tetapi ia tidak mendapat sambutan menggalakkan.
"Pada April lepas, kerajaan sebenarnya sudah memberi kelulusan untuk buruh asing diambil kerja di ladang sawit melalui proses itu.
"Malangnya, ia tidak mendapat minat daripada buruh asing," katanya yang menyifatkan buruh asing sebagai antara komponen penting bagi memastikan industri sawit yang berdaya saing.
Mustapa berkata pada masa ini, harga purata minyak sawit mentah adalah RM4,100 satu tan berbanding RM2,700 satu tan pada 2020.
Jika tidak ditangani segera, isu itu boleh menyebabkan syarikat berkaitan industri sawit seperti Felda dan FGV Holdings Bhd berdepan risiko kerugian sebanyak RM3.2 bilion setahun.
Menurutnya, kerugian Felda dan FGV juga mencecah RM1.6 bilion untuk enam bulan pertama tahun ini dan masing-masing memerlukan seramai 5,000 pekerja dan 10,000 pekerja.
"Bagi (buruh asing) yang nak memasuki Malaysia, kita faham ada prosedur operasi standard (SOP) dan tempohnya mungkin lambat sikit.
"Tetapi untuk mereka yang sudah berada di Malaysia, bagi saya, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ini penting dan perlu diberi keutamaan," katanya.
Mengulas kaedah penyelesaian jangka panjang, beliau berkata ini melibatkan penggunaan mekanisasi selain menggalakkan warga tempatan menyertai sektor perladangan menerusi kenaikan gaji dan faedah bersesuaian.
Sementara itu, Mohd Noah berkata sumbangan bakul makanan itu meliputi keperluan harian termasuk beras, minyak, susu, gula, kicap dan sos.
"Kami tampil menyantuni mereka dengan pemberian bakul makanan ini agar dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan mereka dalam menguruskan kewangan yang makin mencabar untuk diri dan keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Sektor perladangan sawit dilaporkan berdepan masalah kekurangan pekerja terutama di bahagian penuaian dengan anggaran 75,000 kekosongan jawatan belum diisi ketika ini. - Gambar hiasan
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.