KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan agar ia tidak menimbulkan satu stigma dan menghalang individu yang diisytiharkan muflis daripada bekerja serta menjalankan perniagaan bagi melunaskan hutang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau sedang berbincang dengan pegawainya serta Ketua Pengarah Insolvensi supaya mewujudkan undang-undang yang lebih baik dan mesra kepada masyarakat.
"Apabila seseorang itu diisytiharkan bankrap, dia tidak lagi berkemampuan untuk membayar hutang. Jadi apakah keuntungan diperoleh kepada pihak yang memberi pinjaman.
"Jika kita membolehkan mereka berniaga dan bekerja, tidak wujud stigma kebankrapan kepadanya. Janganlah pihak syarikat dan kerajaan melihat orang yang bankrap ini tidak boleh bekerja dan tidak boleh hidup," katanya ketika ditanya pemberita mengenai individu yang terpaksa gulung tikar dan diisytiharkan muflis dalam tempoh pandemik COVID-19.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang ASEAN ke-11 di sini hari ini yang berlangsung secara maya dan turut disertai wakil dari Brunei, Kemboja, Singapura, Vietnam, Laos, Filipina, Indonesia, Thailand serta Myanmar.
Pada 22 Sept 2020, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meminda nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan.
Pindaan itu membolehkan nilai ambang dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM100,000 sekali gus menjadikan ia lebih responsif dan komprehensif terhadap keperluan serta isu semasa berkaitan insolvensi.
Mengulas mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt lepas, Wan Junaidi berkata antara agenda dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah langkah untuk memperkasa sistem perundangan bagi setiap negara ASEAN walapun ia berbeza.
"Mesyuarat itu turut memfokus kepada perbincangan dan pembentangan pembangunan berterusan berkaitan undang-undang di setiap negara anggota bagi mengawal serta menguruskan situasi COVID-19.
"Negara Anggota ASEAN semasa mesyuarat terutama mengenai pelaksanaan pelbagai aktiviti dan inisiatif kerjasama yang menyumbang kepada pengukuhan undang-undang serta kerjasama perundangan di ASEAN selain menyokong usaha berterusan ke arah menyelaraskan peraturan dan undang-undang perdagangan yang berpaksikan ASEAN, memperkukuh keupayaan ASEAN dalam pencegahan jenayah, keadilan jenayah serta kedaulatan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021

Wan Junaidi berkata beliau sedang berbincang dengan pegawainya serta Ketua Pengarah Insolvensi supaya mewujudkan undang-undang yang lebih baik dan mesra kepada masyarakat. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerajaan akan kaji semula undang-undang kebankrapan - Wan Junaidi
Beliau sedang berbincang dengan pegawainya serta Ketua Pengarah Insolvensi supaya mewujudkan undang-undang yang lebih baik dan mesra kepada masyarakat.