Jumlah kematian akibat keracunan methanol meningkat kepada 21 orang hari ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima maklumat tentang dua kematian di luar fasiliti KKM.
Ini selain 19 kematian di fasiliti KKM sehingga 12 tengah hari ini, kata menteri berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata maklumat dua kematian itu diberikan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
"Buat masa ini pihak KKM tidak dapat mengesahkan jumlah kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan KKM. Jumlah kes ini dijangkakan meningkat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Dr Dzulkefly berkata tiga jenama minuman beralkohol yang disyaki mengandungi racun methanol ialah Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan bir berjenama King Fisher.
Hasil analisis setakat ini mengesahkan minuman beralkohol jenama Grand Royal Whisky mengandungi methanol yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, katanya.
"Di samping itu, produk berkenaan tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 seperti tiada nama dan alamat pengilang, pengimport atau ejen," katanya.
Tambah beliau, KKM sedang mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol terbabit dan produk minuman beralkohol jenama lain yang tidak mematuhi perundangan makanan.
Jelas Dr Dzulkefly, sehingga Selasa sebanyak 291 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama yang terbabit telah disita.
Tambah beliau, KKM akan bekerjasama dengan PDRM, Kastam DiRaja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR), pihak majikan pekerja asing yang terlibat dan agensi yang berkaitan bagi mengawal serta memantau perkembangan situasi keracunan tersebut.
"Infografik, risalah dan pendidikan kesihatan dalam bahasa asing akan turut diedarkan kepada warga asing bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pengambilan minuman beralkohol yang mungkin mengandungi methanol," katanya.
Kata Dr Dzulkefly, kes keracunan methanol melibatkan warga Malaysia, Nepal, Myanmar, India dan Indonesia.
Beliau juga berkata wakil-wakil dari pihak pengeluar minuman beralkohol dan bir dari jenama berkenaan telah tampil membantu Kementerian Kesihatan untuk membersihkan nama mereka.
"Kementerian tidak menolak kemungkinan minuman berkenaan bukan produk asli dan dihasilkan dari kegiatan pengeluaran haram.
"Siasatan juga dijalankan bagi menentukan sama ada minuman itu dicampur bahan lain atau minuman tiruan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Kata Dr Dzulkefly, kes keracunan methanol melibatkan warga Malaysia, Nepal, Myanmar, India dan Indonesia. - Foto fail Bernama
Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.
Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal
Pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.
Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
JBPM Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan SPM dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi dan Amirul Aiman
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
Yoon Suk Yeol tidak hadir di mahkamah untuk pendakwaan
Presiden tidak hadir kerana usaha pihak berkuasa untuk menahannya menghalang beliau daripada menyampaikan pendirian dalam perbicaraan.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah
Sebuah lori yang terbakar dan bergerak sendiri dalam video yang tular di media sosial, disyaki mengalami masalah panas melampau pada enjin.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong.
Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dilaporkan berlaku di kilometer 38 Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong.
Malaysia alukan pelaburan UAE dalam sektor nilai tinggi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengalu-alukan kalangan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.
Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.
Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.
Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.
Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.