Pemilihan pimpinan PKR sesi 2014 hingga 2017 yang bermula pada Jumaat lepas di negeri Pantai Timur dan Sarawak menyaksikan penyandang jawatan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali menguasai undi di cabang yang majoriti ahlinya bukan Melayu.
Sehingga Sabtu, seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail - yang dikatakan mendapat sokongan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - jauh ketinggalan berbanding Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selepas proses undian ditutup pada Sabtu, Azmin dilaporkan telah mendapat 1,254 undi atau 69.21 peratus undi popular, Abdul Khalid mendapat 401 undi (22.13%) manakala Saifuddin memperolehi 151 undi (8.33%).
Keputusan ini merupakan Keputusan tidak rasmi selepas pengiraan undi di 20 Cabang di Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Rekod keputusan menunjukkan Azmin Ali menguasai majoriti undi di Negeri Sarawak khususnya kawasan bukan Melayu seperti di Cabang Stampin, di kawasan majoriti Iban di Cabang Saratok dan Cabang Lubok Antu.
Jumlah undi yang tinggi diperolehi oleh Azmin di kawasan yang majoriti bukan Melayu disebabkan kempen beliau melalui manifesto Keadilanraya dan ketegasan beliau bahawa PKR merupakan parti milik semua kaum.
Azmin juga dikatakan menguasai undi Kelantan dan menang di tiga Cabang yang sudah diperolehi jumlah undiannya iaitu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan Ketereh.
Bagi jawatan Ketua AMK, Amirudin Shari meninggalkan pesaingnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nazree Yunus manakala bagi jawatan Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin mendahului pesaingnya Rodziah Ismail.
Pemilihan PKR yang melibatkan ahli-ahli parti di semua cabang bermula 25 April lepas dan dijangka selesai pada 11 Mei nanti.
Irwan Muhammad Zain
Sun Apr 27 2014
![Keputusan tidak rasmi Azmin kuasai kawasan majoriti bukan Melayu Keputusan tidak rasmi Azmin kuasai kawasan majoriti bukan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51396088606_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619621931_HadiAwang.jpg)
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
![Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659336544_khalidibrahim.jpg)
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
![Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659334119_TBAMIRUDINSHARIjp.jpg)
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
![Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659327019_Belasungkawa.jpg)
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
![Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659325967_AnwarIbrahim.jpg)
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
![Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659282345_TanSriAbdulKhalid.jpg)
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
![Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659322626_KhalidIbrahim.jpg)
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
![Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659318047_KhalidIbrahim.jpg)
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
![Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659282345_TanSriAbdulKhalid.jpg)
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
![Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620536407_AbdulKhalidIbrahim.jpg)
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).