Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 mencatat peningkatan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak berkata, keputusan STPM 2015 menyaksikan PNGK meningkat kepada 2.65 daripada 2.62 pada 2014.
Katanya, bagi peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 untuk STPM 2015, yang membabitkan 335 calon, keputusannya menurun sebanyak 0.11 peratus kepada 0.80 peratus.
"Walau bagaimanapun, keputusan ini dijangka meningkat selepas calon yang ingin memperbaiki keputusan akan menduduki peperiksaan ulangan penggal tiga yang akan diadakan pada 3 hingga 9 Mac ini," katanya dalam Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2015 di sini, hari ini.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas meningkat sebanyak 1.22 peratus kepada 11.22 peratus atau 4,711 calon berbanding tahun 2014 hanya 10.00 peratus atau 4,285 calon.
Secara keseluruhan, pencapaian lulus penuh calon dalam satu hingga lima mata pelajaran menurun sedikit daripada 97.81 peratus kepada 97.64 peratus untuk STPM 2015.
Penurunan ini, menurut Mohamed Mustafa, adalah disebabkan penurunan pencapaian calon yang mengambil satu hingga tiga mata pelajaran yang kebanyakannya calon sekolah swasta dan persendirian individu.
Hilal Azmi
Wed Mar 02 2016

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (tengah) mengumumkan Analisis Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

STPM 2023 catat PNGK Nasional 2.84, tertinggi sejak dilaksanakan
Keputusan STPM 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

STPM 2021: 874 calon dapat PNGK 4.00
Daripada jumlah itu, seramai 584 calon atau 66.82 peratus adalah golongan B40.

Keputusan STPM dikeluarkan pada 18 Ogos - Majlis Peperiksaan
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos.

Pencapaian STPM 2018 meningkat
Seramai 666 calon STPM 2018 memperoleh PNGK 4.00, naik sebanyak 0.42 peratus berbanding 485 calon pada 2017.

Keputusan STPM 2015 catat peningkatan
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 meningkat dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Keputusan STPM 2014 diumum 2 Mac
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing pada tarikh itu mulai pukul 12 tengah hari sementara calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.