KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Julai ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman tiga individu yang mencabar keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas anggota Kabinetnya melanjutkan lesen kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd, selama enam bulan.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam yang mewakili pemohon dan 31 responden pada pendengaran permohonan semakan kehakiman secara dalam talian (Zoom) hari ini.
Semakan kehakiman itu difailkan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas, Tan Bun Teet serta dua penduduk Kuantan, Ismail Abu Bakar serta G. Ponusamy pada 8 Nov 2019 selaku pemohon, dengan kesemua mereka diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Dinesh Athinarayanan dan Saha Deva.
Ahmad Hanir pula bertindak bagi pihak responden pertama, Dr Mahathir serta 27 menteri Kabinet ketika itu yang merupakan responden kedua hingga ke-28, Kerajaan Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) manakala Lynas diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Datuk Sunil Abraham.
Pada 8 Jan 2020, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada tiga individu terbabit untuk memulakan prosiding permohonan semakan kehakiman itu.
Tiga individu terbabit antara lain memohon satu deklarasi untuk membatalkan keputusan Dr Mahathir serta 27 menteri Kabinetnya pada 15 Ogos 2019 untuk membenarkan operasi Lynas dilanjutkan selama enam bulan.
Pemohon pertama iaitu Tan, juga telah memfailkan bantahannya kepada penaksiran kesan persekitaran (EIA) dengan menunjukkan berlaku pelanggaran syarat lesen dan berlaku juga pencemaran air bawah tanah seperti yang ditunjukkan dalam laporan Jawatankuasa Penilaian Eksekutif (ERC).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021
Pada 8 Jan 2020, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada tiga individu terbabit untuk memulakan prosiding permohonan semakan kehakiman itu. - Gambar/ Bernama
Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC
Kerajaan Poland menerima pakai resolusi yang menjanjikan pegawai kanan Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bebas mengunjungi negara itu.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan.
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL), kata Anre Slot.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
Gabenor California, Gavin Newsom menjemput Presiden Amerika Syarikat terpilih, Donald Trump untuk melawat negeri itu, sambil menggesa beliau agar tidak "mempolitikkan" kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles.
Kebakaran: Dua kebakaran besar di Los Angeles berjaya dikawal
Pasukan bomba akhirnya mula berjaya mengawal dua kebakaran besar di bahagian timur dan barat Los Angeles pada Jumaat selepas angin kencang yang memburukkan kebakaran selama beberapa hari, mulai reda.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan, didorong optimisme
Dagangan mungkin kekal dalam julat kecil kerana pelabur menilai optimisme berkaitan peluang tempatan dalam keadaan pendirian berhati-hati terhadap ketidaktentuan global.
"Petaling Street" digempur lagi, 34 PATI ditahan
Jalan Petaling yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur pada Jumaat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi operasi "KL Strike Force" dan menahan 34 pendatang tanpa izin.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
“Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution
Sekiranya siasatan mendapati ada asas, biarlah proses undang-undang mengambil tempat, kata Menteri Dalam Negeri itu.
PM Anwar bakal rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Pulau Pinang hari ini bakal menyaksikan satu lagi fasa penting dalam rangkaian mod pengangkutan negeri dengan perasmian pecah tanah projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Najib berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.
Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati tiada cabaran daripada pihak responden terhadap bukti tambahan yang dikemukakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Disember 2024.
PNB kekal optimis terhadap ekonomi Malaysia, prestasi FBM KLCI tahun depan
Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.