Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mula menyemak keputusan permohonan bagi kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda bermula Rabu ini (3 Jun).
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari, pada hari tersebut melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.
“Selain itu, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my dan http://jpt.uum.edu.my.
“Sebanyak 205,972 permohonan bagi lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA,” katanya.
Selain itu, kenyataan tersebut turut menyebut, surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.
Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan.
"Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.
"Bagi permohonan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan," katanya.
KPT, bagaimanapun, berkata dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.
"Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan 'Hotline' mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
"Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan," katanya.
BACA: Pelajar baharu universiti awam, IPTS dibenar jalani sesi akademik mulai 1 Julai - KPT
Berikut merupakan lampiran senarai tarikh pendaftaran bagi kemasukan pelajar baharu ke 17 buah institusi pengajian tinggi:
Najmi Syahiran Mamat
Sat May 30 2020
Individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari pada hari Rabu. - Gambar fail BERNAMA
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Polis sahkan dua lelaki terbabit sumbah cat di KK Mart UM
Polis mengesahkan dua individu terbabit dalam insiden simbah cat di kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) yang terpalit kontroversi menjual sandwic 'ham & cheese'.
KPT buka semula UPUOnline bagi permohonan baharu, kemas kini maklumat
Keputusan ini diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 September 2020.
Kebanggaan berganda mak ayah: Adik konvo satu pentas dengan kakak
Kenangan konvokesyen bagi dua beradik, Muhammad Hanif Umar Baki dan kakaknya, Siti Fatimah Umar Baki pastinya sesuatu yang akan diingat sampai bila-bila.