SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Dis depan bagi keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.
Peguam keluarga model berkenaan Sangeet Kaur Deo ketika dihubungi Bernama berkata Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan akan menyampaikan keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian (Zoom).
"Keputusan itu sepatutnya diputuskan pada 19 Okt lepas, namun mahkamah menangguhkannya. Tarikh baharu ditetapkan pada 16 Dis ini," katanya.
Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 yang mendakwa kematian model itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.
Bagaimanapun nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.
Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 2019 manakala defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Keluarga Altantuya memfailkan tuntutan saman pada 2007 yang mendakwa kematian model itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk. - Gambar fail
[TERKINI] Majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025
Ikuti majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Economy: KRI Report: Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia
Join Ibrahim Sani on The Economy as he hosts a special panel discussion with Gregory Ho, Research Associate at KRI, and Dr. Suraya Ismail, Director of Research at KRI. They delve into the latest KRI report, exploring the definitions and realities of the 'poor' and 'middle class' in Malaysia. Gain insights into the socio-economic landscape and policy implications for the nation's future.
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
AWANI Pagi: Mahasiswa: Antara sibuk & produktif
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Shafir mengenai nilai produktiviti golongan mahasiswa dan bagaimana aktiviti kokurikulum dapat menjadi kunci kepada pembinaan diri mahasiswa.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya ditetapkan pada 16 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Dis depan bagi keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.