Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak menyifatkan keputusan pengekalan pelaksanaan tambang baharu bagi pengangkutan teksi pada 1 April ini seperti yang diumumkan semalam sebagai satu keputusan yang amat inklusif.
Ibdilillah berkata demikian kerana kerajaan telah mengambil kira keluhan rakyat termasuk keresahan pemandu-pemandu teksi sendiri.
“Saya faham bahawa taraf hidup mereka (pemandu teksi) harus ditingkatkan. Misalnya, dalam soal kadar tambang teksi ini, ramai pemandu sudah tukar harga di meter mereka, dan jika tidak dinaikkan, akhirnya mereka yang harus bayar lebih.
“Kita perlu ingat, pemandu teksi ini perlu membayar sewa teksi mereka dan kos-kos lain. Maka, saya rasa kenaikan ini wajar dan sekali gus dapat menaikkan taraf hidup mereka.
Namun begitu, beliau kecewa dengan kepimpinan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sewaktu mengumumkan kenaikan tersebut.
"Saya berasa amat kecewa dengan kepimpinan SPAD sewaktu mengumumkan kenaikan tersebut. Saya berharap agar kepimpinan SPAD ditukar.
“Harus ada wajah baharu yang yang menerajui SPAD. Rakyat khususnya anak muda tidak mahu dihidangkan dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal oleh kepimpinan SPAD,” jelas Ibdilillah.
Pandangan Ibdilillah itu walau bagaimanapun berbeza dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun sebelum ini.
Khairul Azwan berpegang dengan pendirian membantah kenaikan kadar teksi dan bas ekspres, dengan menegaskan bahawa alasan peningkatan kos penyelenggaraan dan sara hidup selain kenaikan terakhir pada 2009 adalah lemah.
Namun begitu, Khairul Azwan ketika dihubungi har ini menolak untuk mengulas lanjut.
“Tiada komen. Biar rakyat menilai. Pemuda dah buat pendirian tempoh hari,” katanya menerusi mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI.
Pada 20 Mac, SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei nanti.
Bagaimanapun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada Isnin, pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel ditunda manakala tambang baharu teksi tetap diteruskan 1 April.
Astro Awani
Tue Mar 24 2015
Ibdilillah berkata kenaikan tambang wajar tetapi kecewa dengan SPAD
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Pihak dituduh sabotaj tidak diberi ruang bela diri - Ibdilillah
Ibdilillah mendakwa anggota parti terus ditakut-takutkan dengan tindakan pemecatan dan penggantungan atas alasan sabotaj parti.
'Saya tidak gila jawatan PPBM' - Khairuddin
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu menegaskan, tujuannya keluar PPBM adalah untuk menyelesaikan semua kes-kes penting yang bakal ditempuhinya di mahkamah.
1MDB: Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa, polis siasat laporan Sarawak Report
Pemuda UMNO mahu siasatan terhadap Sarawak Report dilakukan sebagai usaha untuk memulihkan imej parti yang tercalar oleh transaksi 1MDB.
Keputusan kekal kenaikan tambang teksi satu keputusan inklusif - Ibdilillah Ishak
Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak menyifatkan keputusan pengekalan pelaksanaan tambang baharu bagi pengangkutan teksi pada 1 April ini sebagai satu keputusan yang amat inklusif.
Naikkan tambang sekarang, apa motif SPAD? - Ibdilillah Ishak
Exco Pemuda UMNO ini berpendapat SPAD tidak patut membuat pengumuman sebegitu pada saat kerajaan kini dikritik hebat dalam beberapa isu seperti GST dan 1MDB.
Mengapa MB S'gor batal Kidex, tidak batal Datum Jelatek? - Pemuda UMNO
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ibdilillah Ishak mempertikaikan mengapa kerajaan Selangor tidak membatalkan projek Datum Jelatek jika ia benar-benar mahu menjaga kepentingan penduduk tempatan.